Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas membidas kenyataan yang mendakwa bahawa berbadan besar bukanlah satu masalah asalkan mempunyai harta.
Kata Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, pemikiran sedemikian merupakan antara mindset yang tidak membawa manfaat kepada masyarakat.
Menurut bintang muda ONE Championship itu, kekayaan harta tidak membawa makna sekiranya tahap kesihatan diabaikan.
"Saya tak tahu dia ni main main atau serius, tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang saya pernah tengok.
"Duit banyak macam mana pun takkan ada guna kalau awak tak sihat. Awak nak duduk dalam kereta jenama Lamborghini pun tak muat."
Sementara itu, Jojo turut menyelar sikap segelintir pihak yang sering menggunakan alasan kesibukan kerja dan tiada masa sebagai penghalang untuk bersenam.
"Nak cakap tiada masa untuk bersenam tapi masa untuk makan ada saja. Pemikiran bahalol yang akan menjatuhkan negara."
Sebelum ini, Jojo berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti.
Bagaimanapun, perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
betul apa dia kata.. cuma ai is sentap la jugak kan.. walau takla tahap tak muat lambo.. neither do I have lambo. haha
ramai yg buat konon2 berbadan besar is cool.. as long as kau comel ke.. kau kaya ke.. semua ok kononnya..
face the fact la.. badan besar synonym dengan tak sihat. bukan kata tak fit, itu sudah pasti.. tapi tak sihat. Kolsterol, diabetis, jantung.. macam2 sangkut pautnya deh.
yang badan saiz XL pon macam2 penyakit mula berkawan.. apa lagi yang XXXL bagai sampai level tak muat lambo tu.
Post time 21-5-2026 12:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 21-5-2026 12:28 AM
Tak reti jage class.. Acik dok perati je. Aritu ko kata orang gemok sume patot masok jail. Parrot english dekk.. U say "bla2 should be jailed.." when your vocab shuts down on U. Doa orang yang diaibkan mustajab nakk.. In the spirit of Michael the movie nah:
Post time 22-5-2026 12:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mimicomel replied at 22-5-2026 11:05 AM
mahap cakap yang berbadan besar kebanyakan (bukan semua) akan juga ada body odour selain penyakit.
...
Orang yang kata orang gemuk bau badan ni otak dia yang trigger sendiri bau busuk tu on sight. Nampak orang gemuk je terus otak dia hasilkan bau tu dalam hidung dia. Sori to say, anak dara kat ofis aku badan kurus kering tapi ketiak hangit.
Post time 22-5-2026 11:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cm_vungtau at 22-5-2026 11:58 PM
Ala sebenarnya gini. Si jojo ni athlete kan. Of course la dia menyampah dengan orang gundu. Sebab orang gundu takde disiplin. Makan melantak tak hingat dunia. Kalau ko tengok interbiu Ronaldo pun manjang dia cakap pasal gym, pasal makan. Gitu ler orang berdisiplin.
So sebenaunya orang berdisiplin memang tak boleh masuk dengan yang takde disiplin ni. Udah ler pemalas nak ke gym, makan melantak pastu bangga pulak tu. Mau tak rasa nak pelangkung
Sebenarnya salah mak bapak. Aku tengok sian bebudak sekolah, umur 12-13 tapi perut macam nak pecah. Mak bapak ko kasi makan apa dik?