CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 132|Reply: 0

[Kedah] Suspek tikam wanita akhirnya berjaya ditahan polis

[Copy link]
Post time 18-5-2026 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Suspek tikam wanita akhirnya berjaya ditahan polis



Zuliaty Zulkiffli - Mei 18, 2026 @ 7:17am





Lokasi kejadian wanita cedera tikam di bahagian leher, dalam kereta di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, malam tadi. Foto Wan Nabil Nasir/NSTP




ALOR SETAR: Suspek yang melarikan diri selepas menikam wanita dalam Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam tadi akhirnya berjaya ditahan polis, awal pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, mengesahkan perkara itu dan suspek yang juga lelaki berusia 32 tahun itu dijangka akan direman hari ini.

"Ya. Suspek sudah berjaya ditangkap dan akan direman hari ini, " katanya melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, wanita berusia 35 tahun cedera tikam di bahagian kanan leher oleh lelaki yang dikenalinya di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.19 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/05/1559384/suspek-tikam-wanita-akhirnya-berjaya-ditahan-polis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.216610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list