CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1271|Reply: 19

[Tempatan] Gempar bumi:Bapa cemas bayi perempuan mereka didakwa tertukar dengan seorang bayi lelaki ketika menerima rawatan di sebuah hospital Mujur ditemui semula

[Copy link]
Post time 16-5-2026 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kegembiraan pasangan suami isteri menyambut kelahiran cahaya mata bertukar detik mencemaskan apabila bayi perempuan mereka didakwa tertukar dengan seorang bayi lelaki ketika menerima rawatan di sebuah hospital, di sini, baru-baru ini.



Lebih mencetuskan tanda tanya, ketika insiden kecuaian itu disedari, kedua-dua bayi yang tertukar itu didapati memakai tanda nama (tagging) milik ibu kepada bayi perempuan berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, bapa bayi itu, Muhammad Harraz Haziq, 24, berkata kejadian bermula apabila isterinya selamat melahirkan anak perempuan mereka pada 7 April lalu sebelum bayi itu dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Menurutnya, bayi mereka sepatutnya dibenarkan keluar pada 8 April, namun terpaksa ditahan di wad selepas disahkan mengalami masalah jaundis (demam kuning

Pada malam 8 April, jururawat datang untuk mengambil bayi kami bagi tujuan ujian darah. Kira-kira jam 5 pagi esoknya, jururawat memulangkan semula bayi dan meletakkannya di dalam inkubator.


"Bagaimanapun, pada jam 6 pagi, isteri saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi yang diserahkan itu adalah bayi lelaki, bukannya anak perempuan kami," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Muhammad Harraz mendakwa, apabila beliau membangkitkan isu berkenaan kepada jururawat bertugas, pihak wad seolah-olah meragui kenyataannya dan mempertikaikan jantina sebenar anaknya.

"Mereka (jururawat) mempertikaikan dan menyoal saya kembali, adakah betul anak saya ini perempuan? Nasib baik saya bertindak awal dengan mengambil gambar borang pengesahan kelahiran anak ketika isteri baru lepas bersalin sebagai bukti

Anak perempuan saya akhirnya ditemui pada hari yang sama (9 April). Namun, apa yang paling menghairankan saya, macam mana bayi lelaki dan bayi perempuan saya itu kedua-duanya boleh memakai tanda nama isteri saya?" soalnya kesal.

Kecewa dengan insiden yang disifatkan sebagai satu kecuaian yang amat serius, bapa muda itu cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pasukan perubatan yang terbabit, namun mendakwa masing-masing seolah-olah cuba mengelak.

Malah, usahanya untuk menghubungi doktor yang bertanggungjawab bagi mendapatkan pencerahan juga menemui jalan buntu.

Susulan kegagalan pihak hospital memberikan jawapan yang meyakinkan, Muhammad Harraz bertindak membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan pada 10 April lalu untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tampil mendedahkan perkara ini kerana saya mahukan penjelasan yang telus daripada pihak pengurusan hospital. Mengapa kecuaian prosedur operasi standard (SOP) sebesar ini boleh berlaku di hospital kerajaan?

"Saya tidak mahu perkara yang mendatangkan trauma sebegini terjadi kepada ibu bapa lain di luar sana," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul baby tertukar. Lagi dahsyat lain jantina pulak tu. Last time kisah baby cina dan melayu yg tertukar tu sampai dewasa baru jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Switched At Birth....versi Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 10:21 AM | Show all posts
Lebih mencetuskan tanda tanya, ketika insiden kecuaian itu disedari, kedua-dua bayi yang tertukar itu didapati memakai tanda nama (tagging) milik ibu kepada bayi perempuan berkenaan.

Hospital mana ni? Ada aktivitu asing worangs tumpang identiti tanpa diketahui ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 12:30 PM | Show all posts
isteri saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi yang diserahkan itu adalah bayi lelaki

I feel you. baby perempuan sekali check kat situ ada kote, mana tak terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist sebenarnya bini beranak kembar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2026 02:17 PM | Show all posts
Ayah ni ada masa kelahiran dalam bilik ke? Dr ada tunjuk jantina baby lepas lahir ke?
Kalu dia tak ada masa tu baik buat dna test terus. What if sebenarnya boy tu yang betul?Dr pun mengelak tanak jumpa. Hanat. Ini bukan hal kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aje gile wei
Masa dulu2 iols berank anak no 2 pung laki iols ingatkan iols jaga baby elok2..sebab sebelah katil iols couple vietnam..hahahah..adoi la..
Sebab kat hkl wad kelas 3 ramai betul foreigner
Pakkal iols berisiko tinggi je..hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2026 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya... Sib baik dah tahu jantina anak sebenar & tetukar dgn yg lain jantina. Kalau sama lg le payah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Blu3butter replied at 17-5-2026 12:11 AM
Siannya... Sib baik dah tahu jantina anak sebenar & tetukar dgn yg lain jantina. Kalau sama lg le pa ...

Betul kesian, buat haru, teruk betul staf hosp tu. Nasib baik berlainan jantina, kalau tidak tak dpt detect cepat.

Sokong dia report polis, dah buat salah, tak mau bertanggungjwp dan cooperate nak siasat, apa lagi nk mintk maaf. Moga org yg cause the problem Allah balas dgn masalah sepadan. Bukan benda kecik tertukar anak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Geram pulak baca yang terlibat tu lepas tangan je masing2.. dia dah buat tindakan yang betul tu, sampai report polis, harap isu macam ni diambil serius la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 16-5-2026 09:26 AM
Bahaya betul baby tertukar. Lagi dahsyat lain jantina pulak tu. Last time kisah baby cina dan melayu ...

Untung sbb lain jantina.. kalau sama jantina, susah nak detect kott.. unless baby mmg kaler lain.. tapi itupun mebbe staf spital bleh pertikaikan...

Yg iols pelik, awat staf spital tak cek rekod sblm pertikaikan si bapa.. hat ni mmg deme perlekehkan.. ka takde rekod jantina baby masa lahir..

Dan mak baby boy tu? Masa baby tak balik, takkan tak rasa cuak dan cari?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 17-5-2026 01:40 AM
Untung sbb lain jantina.. kalau sama jantina, susah nak detect kott.. unless baby mmg kaler lain.. ...

Kannn.. Macam cincai betul prosedur deyols handling babies.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 17-5-2026 10:08 AM
Kannn.. Macam cincai betul prosedur deyols handling babies.

Iols pelik camne dua2 baby pakai tag nama mak sama.. takkan maknya lahirkan twins tapi taktau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 16-5-2026 02:17 PM
Ayah ni ada masa kelahiran dalam bilik ke? Dr ada tunjuk jantina baby lepas lahir ke?
Kalu dia tak a ...

Bapak dia dah snap gbr borang bukti ank perempuan.Lgipun 2-2 baby pakai tag nama isteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 17-5-2026 07:12 AM
Betul kesian, buat haru, teruk betul staf hosp tu. Nasib baik berlainan jantina, kalau tidak tak d ...

Kan.. Sbb main dgn nasab terkahwin antara adik beradik pula nnt. Bahaya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2026 11:26 AM | Show all posts
harap si bapa request hospital buat ujian dna juga untuk kepastian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2026 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 16-5-2026 05:53 PM
Aje gile wei
Masa dulu2 iols berank anak no 2 pung laki iols ingatkan iols jaga baby elok2..sebab se ...

Tak tau apa maksud 'pakkal' tapi dulu kakak grinti je guna perkataan tu

Biasa dia cakap kat kaya dan classy tapi suka mencarut
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 20-5-2026 08:05 PM
Tak tau apa maksud 'pakkal' tapi dulu kakak grinti je guna perkataan tu

Biasa dia cakap kat kaya  ...

Ye ke...
Iols.mmg.dah.lama.guna.pakkal.neh..
Sebab dedolu pakcik.iols.selalu guna perkataan.neh..
Set2.joho...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 10:31 AM | Show all posts
dulu ada jadi 1 kes kat kelantan, kembar tapi tertukar 1 kembar tu dgn bayi lain...


sedar pun bila dah besar, dorang g kem sekolah (sekolah lain2), orang tegur muka sebijik...terus siasat dan buat dna kot..memang sah kembar terpisah..

bapa kembar tu siap depress..apa jadi ntah dgn kes tu, senyap jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.723988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list