CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 183|Reply: 0

[Sabah] GRS komited hak 40 peratus hasil Sabah direalisasikan secepat mungkin

[Copy link]
Post time 15-5-2026 08:31 AM | Show all posts |Read mode


MESRA: Ketibaan Joniston (tengah) disambut mesra para jemputan yang hadir pada majlis itu.

KIULU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal komited sepenuhnya untuk memastikan tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah direalisasikan secepat mungkin.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, rakyat tidak perlu terpedaya dengan naratif pembangkang yang mendakwa kerajaan GRS tidak berusaha gigih dalam perkara itu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan GRS berkata, pendekatan kerajaan negeri yang mengutamakan rundingan, libat urus dan hubungan kerja harmoni dengan kerajaan Persekutuan kini mula menunjukkan hasil yang positif.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat menerusi peningkatan Geran Khas daripada RM53 juta semasa pentadbiran Parti Warisan (WARISAN) kepada RM600 juta di bawah kerajaan pimpinan GRS ketika ini.

Katanya, pentadbiran GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor turut memeterai Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS, yang disifatkan sebagai langkah strategik dan berjaya menjana pulangan bernilai berbilion ringgit kepada Sabah.

“Kerajaan GRS tetap teguh dan tidak akan berundur dalam usaha menuntut hak hasil 40 peratus untuk Sabah.

"Dalam masa yang sama, kepimpinan negeri akan terus berusaha mendapatkan Geran Khas yang lebih tinggi serta memperluaskan kerjasama strategik dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis Sambutan Kaamatan dan Sesi Libat Urus bersama wakil Mahkamah Anak Negeri  (MAN) serta Ketua-Ketua Kampung di sini hari ini.

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu menyeru ketua-ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memainkan peranan aktif menangkis naratif pembangkang di peringkat akar umbi dengan membantu menjelaskan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan penubuhan sebuah panel bebas untuk menilai prestasi dan keberkesanan ketua-ketua kampung di Kiulu dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab di kawasan masing-masing.

“Panel ini juga akan menerima dan menyiasat aduan berkaitan prestasi serta tingkah laku ketua kampung.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menggantikan mereka yang gagal menjalankan tugas dengan berkesan,” katanya.

Menurutnya, panel berkenaan akan dianggotai oleh individu yang berintegriti dan akan melaporkan terus kepada pejabat ADUN Kiulu.

Tambahnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pemimpin akar umbi sentiasa bertanggungjawab dan berkesan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.971203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list