"Dear Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana memilih Mummy & Daddy sebagai orang tuamu.
Tiada kata-kata yang dapat Mummy gambarkan betapa bersyukurnya Mummy kepada Allah kerana sekali lagi telah menganugerahkan sesuatu yang indah buat diri Mummy."
Dalam masa sama, Watie turut menyifatkan perkahwinannya bersama Shuib sebagai antara nikmat berharga yang dikurniakan dalam hidupnya.
"Selepas keindahan pertama yang Allah beri dengan berjodoh bersama Daddy Akira.
Semoga Akira menjadi pengikat kasih antara Mummy & Daddy dan juga kakak serta abang-abang Akira."
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Shuib yang turut meluahkan rasa cintanya buat isteri dan anak mereka.
Sumber: Instagram Watie Hanifiah