CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1285|Reply: 15

‘Jangan jadi artis glamor tetapi tidak berilmu’ - Awie letakkan pelajaran sebagai keutamaan anak

[Copy link]
Post time 14-5-2026 11:09 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Awie masih kekal dengan prinsipnya ingin anak lelakinya, Putra Ahmad Merrah meletakkan pelajaran sebagai keutamaan ketika ini berbanding kerjaya nyanyian.

Sedar populariti yang diraih Merrah, 19, ketika ini, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, berkata, dia bukan sengaja mahu mengatur kehidupan sebaliknya mahu memastikan anaknya menjadi artis yang berilmu.

“Saya bukan mahu memutuskan kerjaya seni Merrah, dia masih boleh main

gitar, drum, menyanyi dan berlakon.

“Itu memang kehendak dia tetapi perkara pertama yang saya mahukan daripada dia ialah pelajaran, fokus pada pengajian.

“Bila sudah tamat belajar, saya nantikan ‘daddy, ini sijil (ijazah)’. Jangan jadi artis yang glamor, ada nama tetapi tidak berilmu,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media Konsert 3 Veto di sini, semalam.

Katanya, Merrah juga sudah menabur janji kepadanya untuk mengurangkan aktiviti seni bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran.

Dia bahkan mahu Merrah menjadikan kejayaan kakak-kakaknya dalam bidang akademik sebagai inspirasi.

“Pada bulan puasa lalu jadual seni dia paling sibuk dengan undangan persembahan tetapi dia berjanji akan berhenti sekejap, kurangkan mana yang boleh (jadual nyanyian).

“Saya tak sekat, kalau ada undangan hujung minggu, masih boleh lagi. Dua minggu atau sebulan dua kali okeylah, cuma jangan terlalu padat sehingga abaikan pelajaran.

“Saya nak Merrah berjaya macam kakak-kakak dia. Insya-Allah dia pun sudah berjanji, jadi saya pegang janji itu,” ujarnya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan untuk melibatkan Merrah dalam kumpulan Wings seperti selaku vokalis, Awie memberitahu tidak pernah terfikir mengenai hal tersebut.

“Belum lagi dan tidak terfikir pun tentang perkara itu.

“Paling utama sekarang ialah kehidupan dia, belajar dan jadi orang yang elok kemudian barulah fikir langkah seterusnya,” jelasnya.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu, dia enggan melihat anak-anaknya mengulangi semua yang sudah dilaluinya dulu termasuk menjalani kehidupan susah.

“Jangan ikut langkah saya sebab saya melalui proses yang susah. Saya tak nak anak-anak melalui proses yang sama.

“Sekarang zaman moden dan teknologi, zaman semua orang ada sijil dan pelajaran. Kita kena hidup dalam keadaan sekarang, jadilah bijak dan orang akan nampak kita mahal.

“Namun, saya bukan menidakkan ataupun memperlekehkan kehidupan orang lain. Cuma saya nak anak-anak guna kesempatan yang ada ketika ini sebaik mungkin, pelajaran diutamakan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Merrah dalam satu temu bual bersama Kosmo! memberitahu Awie tidak pernah menghalang dia untuk menyanyi namun bertegas untuk melihatnya mempunyai masa depan dan berjaya dalam pelajaran. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la Merah x masuk program Manager kat Astro musim ke 2 tu..semua hauk klu compare to S1.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 02:48 PM | Show all posts
kalau dia masuk dialah champion
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
not bad ye anak teruna awie. Boleh la berkenalan ngan engku aleesya. tiberrrr berangan drama melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan2 korang awie erra jadi makpak mertua
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Merrah ni sambung belajar ke tidak?
Aritu sapa tah kata Merrah ni masuk UIA
Sorang lagi si Zaki tu belajar ke idok?
Duk kenen2 ngn Azeva
Azeva tu dah grad dah keje baru jadi artis
Abang dia Osama pun belajar kat Aswara tp si Zaki aku mcm tak perasan plak kalau ada belajar memana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2026 02:03 PM | Show all posts
ko dgr nasihat daddy ko tu Merrah. nanti kena cepuk kalau tak dgr kata.

pnh dgr Awie ni cepuk Merrah kt depan cikgu dia sbb dia pau budak2 sekolah. masa tu Merrah bukan bawah jagaan Awie. tak pasti citer ni betul or dongeng
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 14-5-2026 02:59 PM
not bad ye anak teruna awie. Boleh la berkenalan ngan engku aleesya. tiberrrr berangan drama melayu

Rupanya anak2 yg berjodoh..berangan drama melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aerara39 at 15-5-2026 02:24 PM
Shayang replied at 15-5-2026 12:28 PM
Merrah ni sambung belajar ke tidak?
Aritu sapa tah kata Merrah ni masuk UIA
Sorang lagi si Zaki tu b ...


Cakap pasal Azeva ni, ada 1 komen netizen kat tiktok dia, "Azeva semoga pilih pasangan betul2 sebab dia pandai dan cantik", kurang lebih gitu lah dan dia like komen tu. yg duk ship Zaki dengan dia harus sedar diri, kalau Zaki takde education tinggi dan success, mimpi jelah dpt dia.


Dan Merrah mmg sambung belajar, uia katanya, Awie yg cakap dalam temubual dgn media, ada artikelnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 04:21 PM | Show all posts
“Sekarang zaman moden dan teknologi, zaman semua orang ada sijil dan pelajaran. Kita kena hidup dalam keadaan sekarang, jadilah bijak dan orang akan nampak kita mahal.

“Namun, saya bukan menidakkan ataupun memperlekehkan kehidupan orang lain. Cuma saya nak anak-anak guna kesempatan yang ada ketika ini sebaik mungkin, pelajaran diutamakan,” ujarnya lagi.



bagus awie ni

die tau die belajar tak tinggi

bina kerjaya peringkat awal tu susah

btw rock oo tu based on kumpulan wings kan?


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Respek awie. Patut anak die x masuk ttmm. Rooting sebenanye

Pandai gak anak die masuk uia.
Kakak2 die pon ipts je
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok Awie jaga anak, banding si amy search.
Pandang jauh ke hadapan. Good luck Merah.. smpai masanya nnti bole la mnyanyi, berlakon all out
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus awie, pentingkan pljrn anak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Awie ini saya sokong, utamakan pendidikan anak walaupun kaya dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 02:59 PM | Show all posts
wadiunong replied at 15-5-2026 02:03 PM
ko dgr nasihat daddy ko tu Merrah. nanti kena cepuk kalau tak dgr kata.

pnh dgr Awie ni cepuk Merra ...

penah dengar gak
awie penah tampar merah ni depan cikgu
mayb agak nakal anak ni huhu

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nutcrack8 replied at 16-5-2026 07:24 PM
Respek awie. Patut anak die x masuk ttmm. Rooting sebenanye

Pandai gak anak die masuk uia.

Bkn uia tak slp iols
Kolej islam majlis agama apa tah lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.115154 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list