CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Sarawak] Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga 3 petang ini

[Copy link]
Post time 12-5-2026 02:00 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran pada 12 tengah hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah iaitu Langkawi, Sik dan Baling; Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

Cuaca sama juga dijangka melanda Jeli di Kelantan; Cameron Highlands di Pahang; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Miri, manakala di Sabah melibatkan Nabawan di Pedalaman; Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 10:24 AM GMT+8 , Processed in 2.428280 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list