CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 1

[Sabah] Cubaan seludup kosmetik bernilai lebih RM360,000 gagal

[Copy link]
Post time 12-5-2026 09:25 AM | Show all posts |Read mode


RAMPASAN: PPM Wilayah 4 Sabah berjaya merampas produk kosmetik pelbagai jenis dalam operasi khas di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk kosmetik tanpa dokumen sah dari Filipina dalam satu operasi khas.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, operasi khas terbabit dijalankan kira-kira jam 8.05 pagi di perairan daerah ini semalam.

Katanya, sebuah feri ditahan yang membawa kira-kira 24,176 unit pelbagai jenis produk kosmetik dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM360,986.

"Pemeriksaan menyeluruh dilakukan dari aras bawah hingga ke aras atas feri sebelum menemui kira-kira 70 longgokan kotak.

"Kesemua kotak berkenaan mengandungi pelbagai jenis kosmetik dipercayai dibawa masuk dari Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menuju ke Lahad Datu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati semua barangan berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit sah daripada Biro Kastam Filipina," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu katanya, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiat operasi dan pemantauan di perairan negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta kemasukan barang tanpa cukai yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

Justeru, orang ramai juga diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Operasi terbabit dijalankan bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 01:30 PM | Show all posts
Nak export ke keyel Kotaraya complex. Ramai cikki pilak bili, bole jual double price.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list