CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 717|Reply: 1

KKM Pantau Virus Baru.. Hantavirus Bawaan Tikus, Jangkitan Boleh Bawa Maut

[Copy link]
Post time 11-5-2026 10:44 AM | Show all posts |Read mode




Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau rapat perkembangan penularan Hantavirus yang dilaporkan berlaku melibatkan sebuah kapal persiaran antarabangsa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di dalam kapal persiaran terbabit.

“Mutakhir ini, KKM mengambil maklum laporan penularan jangkitan Hantavirus yang berpunca daripada sebuah kapal persiaran antarabangsa.

“Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal persiaran tersebut,” katanya melalui kenyataan di Facebook hari ini.





Menurut Dr Dzulkefly, hasil komunikasi langsung bersama pihak berkuasa  kesihatan Singapura pagi tadi mengesahkan dua kru kapal warga negara itu didapati negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak sedang dijalankan.

Katanya, walaupun situasi semasa masih terkawal dan tidak melibatkan rakyat negara ini, pemantauan berterusan tetap dilaksanakan bagi memastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan berada pada tahap tertinggi.

Dalam masa sama, Dr Dzulkefly turut menerangkan Hantavirus merupakan virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa haiwan berkenaan seperti najis, air kencing atau air liur.

“Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus,” katanya.

Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai supaya tidak panik, sebaliknya terus mengamalkan langkah pencegahan termasuk memastikan kebersihan rumah dan tempat kerja sentiasa terjaga bagi mengelakkan ancaman haiwan perosak.

“Memandangkan tiada ubat antivirus khusus buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh.

“Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada,” katanya.






Beliau turut menggesa seluruh masyarakat supaya merujuk siri infografik yang disertakan di akaun Facebook miliknya dan sentiasa memastikan kebersihan kediaman serta premis kerja terpelihara daripada ancaman haiwan perosak.

Sumber - Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 10:56 AM | Show all posts
Dalam kapal ada bangkai tikus mati lebih sebulan di ventalation air ke ?
bangkai tikus atas tanah 8 jam completed terurai.
bangkai tak akan sempat busuk. tapi atas kapal
bangkai tikus akan tinggal rangka total.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.963398 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list