CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2049|Reply: 30

Krisis adat Negeri Sembilan: Bekas kerani pula diisytihar sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11

[Copy link]
Post time 11-5-2026 09:45 AM | Show all posts |Read mode




SEREMBAN - Selepas akauntan berusia 29 tahun diumum dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 bagi menggantikan Datuk Mubarak Dohak, kini dalam satu majlis di sini, diisytiharkan pula seorang bekas kerani sebagai penyandang Datuk Klana Petra tersebut.

Majlis pemasyhuran Abd Rahman Limat berusia 70 tahun sebagai penyandang dibuat dalam majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang di sini pada Ahad.

Pemasyhuran bapa kepada enam anak itu dimaklumkan telah dipersetujui oleh Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu.

Majlis berkenaan yang bermula sekitar jam 2.45 petang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan.

Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.

Selain itu, beliau turut didakwa pernah menghantar nama sebagai calon Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong pada 13 November 2004.

Di lokasi, turut kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire tertera dengan tanda kenderaan rasmi Datuk Undang Luak Sungei Ujong.

Sebelum ini, Mubarak dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya malah turut diperakui oleh kerajaan negeri.

Beliau bersama tiga Undang lain bagaimanapun telah mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, berkuat kuasa serta-merta.





Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya pada 20 April lalu menjelaskan bahawa tindakan Mubarak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf.

Ini kerana katanya, Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Udang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959.

"emberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025.

"Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang(DKU) pada 17 April lepas telah bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10 selaras peruntukan Fasal 14(3) UUTKS," katanya.

Tidak lama selepas itu, Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu melantik Muhammad Faris Johari yang merupakan seorang akauntan sebagai Undang baharu yang dibuat dalam istiadat kerapatan di Telaga Undang pada 22 April lalu.

Pemilihan tersebut didakwa mengikut salasilah pada Fasal ke-27 Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910 dan hukum adat ‘patah tumbuh’ termaktub pada Fasal 5 Undang-undang Sungei Ujong.

Berdasarkan Fasal 48 (VI) Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910, pelantikan tersebut disahkan oleh Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim Tua Lembaga Waris di-Darat yang sah dan diiktiraf kerajaan Negeri Sembilan.

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 10:35 AM | Show all posts
Maknanya sesiapa je boleh dilantik untuk pegang jawatan tu ke? Driver lori pun boleh, cikgu pun boleh, so sesiapa pun boleh lah? Apa kriteria nak pegang jawatan tu? Buat istiadat pun dekat rumah je dengan serba kekuningan semua.

Kalau dah serba kekuningan ni, emak ina senduk pun boleh pegang jawatan ni. Amik jawatan ibu soko. Boleh ke macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:35 AM | Show all posts
Maknanya sesiapa je boleh dilantik untuk pegang jawatan tu ke? Driver lori pun boleh, cikgu pun boleh, so sesiapa pun boleh lah? Apa kriteria nak pegang jawatan tu? Buat istiadat pun dekat rumah je dengan serba kekuningan semua.

Kalau dah serba kekuningan ni, emak ina senduk pun boleh pegang jawatan ni. Amik jawatan ibu soko. Boleh ke macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:46 AM | Show all posts
Dulu dulu undang2 macam ni sedap la sebab kutip cukai + kuasa pembesar.
sekarang ni jawatan tinggal nama je. Negeri sembilan tu bukan besar mana pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:52 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 11-5-2026 10:35 AM
Maknanya sesiapa je boleh dilantik untuk pegang jawatan tu ke? Driver lori pun boleh, cikgu pun bole ...

kalau tak silap pemilihan lebih pada suku/keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 11:02 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 11-5-2026 10:35 AM
Maknanya sesiapa je boleh dilantik untuk pegang jawatan tu ke? Driver lori pun boleh, cikgu pun bole ...
Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.


as long as suku sakat; no matter background  

but i tot dorg lebihkan adat, biar mati anak (waris/suku sakat)



ke caner tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2026 01:14 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 11-5-2026 11:02 AM
as long as suku sakat; no matter background  

but i tot dorg lebihkan adat, biar mati anak (war ...

tu la.. pilihan tajuk thread amat penting untuk sensasi kan isu ni...

padahal, selagi susur galur darah keturunan tu, faham la kita, tak ada isu apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:40 PM | Show all posts
Ini adat lama warisan ratus-ratus taun. Dulu mana ada spm mce olevel.
Wartawan bukan main lagi highlight isu bagi satu perenggan. Bold italik underlines sekali la. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Isk tajuknya pun...
takpe le kerani ke surau rumah ke dah dia layak ikut law diarg nak buat mcm mana. Yg penting buat kerja tip top
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 02:29 PM | Show all posts
Ehh...ingatkan macam kat Istana-istana ke... dewan balairaya ke... ni macam ruang tamu rumah je... humble betul eh... tapi kereta2 kemain ye.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang ni dipilih ikut keturunan...dari certain suku susur galur ikut belah mak. Sesapa saja boleh asalkan you berwibawa nak pegang jawatan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:07 PM | Show all posts
Inilah pentingnya menjaga susur galur keturunan supaya darah tak tercemar dengan asing worangs. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
berebut nk jadi .. tanggungjawab besar
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:19 PM | Show all posts
bak kata dato hattan dalam lagu kejelobak kejelobu tu... ' Gurindam dulu-dulu jangan ponah dipotikai, Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai-ai"..makonyo kito yang orghang lua ni tak payah la potikai kenapo dan mengapo...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:32 PM | Show all posts
diaorang dipilih mengikut undian dari bawah ke caner criteria pemilihan macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:13 PM | Show all posts
yang akauntan tu dah x jadi ke? baru je lantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 07:15 PM | Show all posts
ate gilerr.. mujorr teman oghang perak... tengok aje le soltan keme.. full pekej.. bini pun takde cari mail order bride from russia with lap  mcm negeri sinunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 11-5-2026 10:35 AM
Maknanya sesiapa je boleh dilantik untuk pegang jawatan tu ke? Driver lori pun boleh, cikgu pun bole ...

Suku dia tu suku bangsawan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 09:00 PM | Show all posts
Entah apa2 lah ni

habiskan beras je

tiada efek kpd yg mati dan yg idup.

ni Zaman 2026 laah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 11-5-2026 10:13 PM

rasa lantikan tu based on susur galur suku sakat dia
pekerjaan & education tu jatuh no 2

yg ponting den maleh nak memahami segala salah silah
bebolit lidah nak nyobut eh
buek menambah poning yo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.101364 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list