CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tolak dakwaan berat sebelah dalam tindakan 2 kes kemalangan

[Copy link]
Post time 11-5-2026 04:00 AM | Show all posts |Read mode
Polis tolak dakwaan berat sebelah dalam tindakan 2 kes kemalangan

10 Mei 2026 05:18pm





Ayob Khan (kanan) merasmikan sukan rakyat bersama komuniti pada Peluncuran Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang 2026 Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.- Foto: Bernama





GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan mengamalkan tindakan berat sebelah dalam dua kes kemalangan maut, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana setiap tindakan diambil berdasarkan bukti, pertimbangan undang-undang dan keadaan kes.

Beliau berkata, setiap kes dinilai secara berasingan termasuk mengambil kira keadaan kesihatan dan usia individu terlibat sebelum tindakan seperti reman dibuat.

"Kita tengok kes demi kes, seperti kes kemalangan itu, pemandu kereta berusia 72 tahun, mempunyai pelbagai penyakit dan sedang menjalani rawatan dialisis.

Kalau direman, bagaimana dia hendak mendapatkan rawatan? Sebab itu kita bagi jaminan.

"Kecuali kalau dia (suspek sesuatu kes) terlibat dalam kes bunuh, itu berbeza,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti dan Majlis Peluncuran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, situasi itu berbeza daripada kes seorang pemandu van didakwa melanggar kanak-kanak tahun dua hingga maut, yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

"Pemandu van itu sihat (dan) berusia 60 tahun. Kalau boleh reman, kita akan reman.

Polis perlu menggunakan pertimbangan.

Perkara sebegini kita akan menjalankan siasatan lengkap dari sudut bukti, tahap kecederaan, aspek kesihatan dan sebagainya.

Kita tidak berat sebelah atau pilih kasih,” katanya.

Ayob Khan berkata, walaupun suspek 72 tahun itu tidak direman namun siasatan tetap diteruskan dan tindakan polis dibuat secara profesional selain undang-undang tidak boleh hanya ditentukan berdasarkan persepsi masyarakat sebaliknya perlu berasaskan fakta serta bukti yang jelas.

Sebelum ini, timbul pertikaian di media sosial apabila pemandu Proton X70 yang didakwa merempuh penunggang motosikal hingga maut dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan manakala pemandu van itu ditahan reman. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/779254/berita/semasa/polis-tolak-dakwaan-berat-sebelah-dalam-tindakan-2-kes-kemalangan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.097682 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list