CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 277|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] JDT cipta kemenangan terbesar, belasah Kelantan TRW 14-1

[Copy link]
Post time 11-5-2026 12:47 AM | Show all posts |Read mode
JDT cipta kemenangan terbesar, belasah Kelantan TRW 14-1

Rizar Mohd Noorrizar@mediaprima.com.my





AKSI Wilkin (kanan) menjaringkan gol JDT. FOTO Najmi Nor'Azam




Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakhiri saingan Liga Super dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan liga apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Lebih manis kejayaan itu dikecapi selepas skuad Harimau Selatan melakar pencapaian rekod tanpa kalah 108 perlawanan sejak musim 2021 dan menyamai rekod dunia dilakar kelab dari Ivory Coast, ASEC Mimosas sejak dari tahun 1989 hingga 1994.

Rentak kemenangan JDT bermula seawal minit pertama berpunca daripada bola sepakan lintang Jonathan Silva tepat kepada Bergson da Silva yang menanduk kemas ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, Azfar Arif Mohd Sukri.

Bergson mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-11 sekali gus berjaya meledak 23 gol dan menyamai jaringan pemain Selangor FC, Chrigor Moraes dalam saingan liga selepas bertindak solo sebelum merembat kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan Azfarf Arif.

Skuad Harimau Selatan terus mengganas tatkala hadir selaku `pasukan pelawat' selepas Silva yang yang mencetus gerakan pada minit ke-16 pantas melorong bola bagi membuka ruang buat Manuel Hidalgo bertindak merembat kencang untuk meletak skuad bimbingan Xisco Munoz selesa mendahului 3-0.

Selang dua minit kemudian, Hidalgo yang menjaringkan gol sebelum itu menjadi pencetus gol keempat JDT apabila bola lintang di posisi sayap kanan tepat kepada Antonio Glauder yang melonjak tinggi mudah menanduk masuk menewaskan Azfar Arif.

Kelantan TRW terus diratah JDT pada minit ke-25 selepas gerakan yang bermula oleh Bergson bertindak melorong bola kepada Hidalgo yang sempat menyungkit melepasi Azfar Arif walaupun cuba diselamatkan Azwan Aripin tapi bola tetap menerjah jaring.

Bergson bukan sahaja meledak hatrik dalam perlawanan itu malah gol pada minit ke-36 membolehkannya memintas Moraes selaku penjaring terbanyak ketika ini apabila meledak jaringan ke-24 menerusi rembatan leret menewaskan Azfar Arif.

Ketika aksi memasuki minit ke-37, JDT meledak gol ketujuh perlawanan menerusi gerakan Corbin Ong yang melorongkan bola dan membuka ruang buat Stuart Wilkin yang tidak dikawal mudah menewaskan Azfar Arif.

Berpunca daripada kesilapan benteng Kelantan TRW pada minit ke-41 apabila gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya memudahkan tugas pemain gantian Raul Parra menolak tepat kepada Bergson untuk menjaringkan gol kelapan.

Jaringan Bergson itu meletak dirinya berada di kedudukan terbaik untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga selepas meledak 25 gol dan pencabar terdekat Moraes masih kekal dengan 23 gol.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menambah jaringan pada minit ke-50 selepas sepakan lintang Hidalgo memudahkan tugas Yago Cesar sekadar menanduk bola masuk menewaskan Azfar Arif.

Persembahan lesu Kelantan TRW dihukum JDT pada minit ke-52 apabila sepakan lintang Teto Martin menyaksikan Bergson sempat mendada bola sebelum merembat leret untuk menambah koleksi jaringan ke-26 tatkala memburu penjaring terbanyak liga.

Gol ke-11 skuad Harimau Selatan hadir pada minir ke-61 selepas Wilkin bertindak melambungkan bola tepat kepada Hidalgo yang menanduk masuk sekali gus melakar hatrik pertama buat dirinya dalam saingan liga.

Walaupun sukar untuk melakukan kebangkitan namun Kelantan TRW sekurang-kurangnya mampu mencipta satu gol pada minit ke-64 selepas tandukan Nik Umar Nik Azizi membuka ruang buat Faris Izdiham Awang Kechik menolak masuk menewaskan penjaga gol, Christian Abad.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak menghalang JDT terus menambah duka Kelantan TRW selepas Bergson melengkap hatrik berganda dalam perlawanan itu hasil jaringan pada minit ke-83 selepas menyudahkan bola hantaran Hidalgo dan menambah jaringan peribadi ke-27.

Berbaki lima minit sebelum tamat perlawanan menerusi sepakan sudut Martin menyaksikan pemain gantian Syamer Kutty Abba menanduk bola kemas untuk meletak kedudukan 13-1.

Memasuki minit ke-88 giliran Martin memastikan kemenangan terbesar JDT dalam sejarah saingan liga selepas merembat bola leret hasil umpanan Hidalgo bagi memastikan kemenangan bergaya JDT 14-1 menewaskan Kelantan TRW.



Disiarkan pada: Mei 10, 2026 @ 11:06pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2026/05/1356274/jdt-cipta-kemenangan-terbesar-belasah-kelantan-trw-14-1




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2026 09:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.723279 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list