CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 13

‘Bertarung’ dengan Zul Ariffin, peti suara Bront Palarae cedera - “Tapi, menjelang pukul 3 pagi, suara hilang"

[Copy link]
Post time 7-5-2026 05:14 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Ketika pelakon lain mengalami kecederaan fizikal, aktor Bront Palarae pula berdepan situasi berbeza iaitu mengalami masalah ‘hilang’ suara ketika menjalani penggambaran filem Tarung Unforgiven.

Menurut Bront, kecederaan pada bahagian peti suaranya itu berlaku disebabkan  terlalu seronok berlakon dengan Zul Ariffin yang disifatkan memiliki tenaga dan lontaran suara luar biasa.

“Kecederaan saya ada kaitan dengan Zul yang semua tahu dia memiliki karisma, tenaga dan lontaran suaranya.

“Saya pula nak padankan energi dengan Zul sebab bukan jenis beri diskaun dalam lakonan selain mahu berseronok sepanjang ada babak bersama Zul.

“Tapi, menjelang pukul 3 pagi, suara hilang sedangkan babak kami berdua belum habis lagi,” katanya pada majlis tayangan gala Tarung Unforgiven di sini, baru-baru ini:

Kehilangan suara tersebut sekali gus menyedarkannya bahawa filem aksi bukan sahaja mencederakan fizikal tetapi juga organ dalaman.

“Jadi di sebalik cerita aksi, rupa-rupanya peti suara juga penting. Saya pula bukan pelakon teater jadi saya tak pandai nak guna teknik tertentu untuk melontarkan suara.

“Bila suara sudah tiada, saya mula gementar risau ganggu penggambaran sedangkan jadual kerja kami sangat teratur dan sihat.

“Adik-adik yang lawan fizikal pun okey, tak ganggu penggambaran. Tak akan abang-abang masuk yang babak hanya bercakap saja boleh cedera, tapi seksalah,” ujarnya.

Dia bagaimanapun bersyukur pihak produksi bertindak pantas dan proses pemulihan peti suaranya tidak mengambil masa lama.

“Tapi pasukan produksi pun sangat peka dan sentiasa bersedia dalam berdepan situasi sebegini.

“Pengarah pun memang hebat, dahulukan babak orang lain dulu sementara tunggu suara saya pulih,” ujarnya lagi.

Selain Bront dan Zul, filem arahan Razaisyam Rashid tersebut turut dibarisi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Naskhah terbitan Alpha 47 tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
2 hero hebat Malaya. Kena gi tgk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lau kunyah chewing gum je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok trailer masa menonton "Libang Libu" last week. Nampak wow la.. berderet pelakon2 yg memang diketahui tak kayu. Tapi tu la, bila dah berkeluarga ni xleh nak kerap tengok wayang.. harga ticket sekarang dah RM25. Pergi 3 orang dah dekat RM100 including jajan. Kalau korang bosan, iouls recommend sangat filem Libang Libu (yes, kupu2 cam overacting) tapi watak2 lain memang ngam... Satu lagi movie "Hoppers"
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh pi tgk smlm. Best lah, cinematography cantik, fighting cantik. Nanti Ada sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 8-5-2026 10:05 AM
Tengok trailer masa menonton "Libang Libu" last week. Nampak wow la.. berderet pelakon2 yg memang di ...

Silalah pakai maybank debit card mastercard, tgk movie kt TGV tak kira baru ke lama dapat rm10 klu beli kt apps. Tapi bukan semua time slot lah dpt. So, jimatlah sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2026 10:56 AM | Show all posts
abang bront lawan2 takyah cakap pun kiter okey je...dengus2 sikit pun okey
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 11:02 AM | Show all posts
Perawankota replied at 8-5-2026 10:33 AM
Silalah pakai maybank debit card mastercard, tgk movie kt TGV tak kira baru ke lama dapat rm10 klu ...

iols sokmo dah penuh bila nk guna yg 10 tu

dolu2 b4 covid herlokkk jahhh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2026 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 8-5-2026 10:33 AM
Silalah pakai maybank debit card mastercard, tgk movie kt TGV tak kira baru ke lama dapat rm10 klu ...

Haah, pernah ambik cuti semata2 nak tengok movie murah.. sebab kalau prime time tu memang harga tak leh bincang. Rindu zaman student, beli tiket wayang hari rabu RM8 je
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 11:03 AM | Show all posts
ingatkan tarung pedang tadi



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-5-2026 11:02 AM
iols sokmo dah penuh bila nk guna yg 10 tu

dolu2 b4 covid herlokkk jahhh

Iols selalu check apps lepas 12am, mesti dapat jer beli wlupon 1st day tayangan and slot petang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 8-5-2026 11:03 AM
Haah, pernah ambik cuti semata2 nak tengok movie murah.. sebab kalau prime time tu memang harga ta ...

Kannn.. Rabu skang pon dah x dpt rm8 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols minta kawan aiols yg pegi premier  minta bamjul sign dekat tumbler aiols tp susah sebab ramai bodyguards, yg dapat sign Bront [em:3:] tp aiols ok je sebab aiols minat Bront
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 04:21 PM | Show all posts
Perawankota replied at 8-5-2026 11:42 AM
Iols selalu check apps lepas 12am, mesti dapat jer beli wlupon 1st day tayangan and slot petang.

hari 1st eh... padan lah
iols cek dh berapa hari pny tayangan

plus iol rasa dorg dh tak bg bnyk2 mcm dulu

tu yg belum seminggu dah full



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.248554 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list