SEPANG- Seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan iaitu cubaan membunuh, merogol dan melakukan perbuatan luar tabie terhadap juruterbang wanita pada 9 April lalu.
Tertuduh, Mohammad Adam Che Aziz, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-ketiga pertuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.Pembelaan undang-undang
Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didapati melakukan cubaan membunuh terhadap mangsa di sebuah apartmen di Bandar Sunsuria, di sini kira-kira pukul 11 pagi, 9 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika menyebabkan kecederaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa merogol mangsa di lokasi dan tarikh sama dan jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376(1) KK.
Mohammad Adam turut melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa sama pada tarikh dan di lokasi sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C KK.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh.
Hakim Ahmad Fuad kemudian menetapkan tarikh 19 Mei ini untuk sebutan semula kes selain serahan laporan perubatan dan kimia.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas cedera parah akibat diserang seorang lelaki tidak dikenali.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 34 tahun diserang dengan senjata tajam di sebuah unit penginapan jangka pendek di sebuah apartment di sini. – KOSMO! ONLINE
__________
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-5-2026 01:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sudahlah gundu ada hati nk rogol pilot cantik
Moga jatuh hukum maximum
Sepanjang pengalaman akak di awan biru tak pernah jumpa pilotman yg hensem spt digambarkan drama korea/chinese
Semedang jumpa yg gundu tak sehensem pilot kdrama
Apoo replied at 7-5-2026 08:51 AM
Tukang komen tu pun. Siap mention sepupu la apa bagai. Cuba la tutup aib mangsa tu. X prihatin langs ...
org seboleh2nya nk tutup identity mangsa...kesian mangsa...
pastu pulak ramai eh yg victim blaming? bodoh la netizen...patut la crime makin menjadi2 sbb ramai yg jadi enabler.
apsal komen ramai yg bongok2....tiber tnya suspek exbf la apa...budak hingusan universiti woit umur 22, mangsa pilot umur 34...takkan la pilot nak terhegeh kt budak gundu camtu...ada pulak komen tanya mangsa lelaki ke perempuan...punya la bingai
Post time 7-5-2026 12:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Farnor replied at 7-5-2026 12:10 PM
Yg pilot2 mudo dr Malaysia takkan pulak takdo yg sedap mata memandang? Banyok sajork tu kacak2 n l ...
Ada ye sis?
Sis pernah terserempak dgn pilot muda hensem ye
Untunglah sis dpt jamu mata
Masa kes shelop berangan ada pilot senyum kat sheol dulu tu akak mushkil jua either pilot tu hensem or gundu atau sekadar imaginary she sahaja padahal non existence pun kes ittew
Semoga pilot wanita itu diberikan kesihatan dan didoakan she dpt pull out from this trauma
Moga setan gundu dirogol jua dlm cell hingga masuk icu juga