CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 111|Reply: 0

[Sarawak] SKAS naik, diskaun bil elektrik dan sewa bantu rakyat tangani kesan konflik Asia Barat

[Copy link]
Post time 17-4-2026 07:48 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) bersama Uggah (dua kiri), Awang Tengah (dua kanan), Dr Sim (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan tiga inisiatif bantuan khas untuk membantu rakyat menangani kesan daripada konflik di Asia Barat iaitu menaikkan kadar pemberian Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), diskaun bil elektrik dan diskaun sewaan premis kerajaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan tambahan berjumlah RM332.4 juta untuk tujuan itu, dengan SKAS melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM136.2 juta.

Menurutnya, diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus pula melibatkan peruntukan tertinggi sebanyak RM188.1 juta, manakala diskaun 50 peratus sewan pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan premis perniagaan milik badan-badan berkanun negeri berjumlah RM8.1 juta.

“Kadar pemberian SKAS 2026 dinaikkan melibatkan tiga kategori penerima utama iaitu isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.

“Bagi kategori isi rumah, kadar sebelum ini iaitu RM950 dinaikkan sebanyak RM150 menjadikan jumlah baharu RM1,100, manakala bagi warga emas kadar sebelum ini RM500 dinaikkan RM100 menjadikannya RM600 (kadar baharu), dan individu bujang RM300 sebelum ini dinaikkan RM75 menjadikan kadar baharu RM375.

“Kenaikan kadar bantuan ini melibatkan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM136.2 juta, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi pelaksanaan SKAS tahun ini meningkat kepada RM680.0 juta berbanding RM543.8 juta sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini yang dihadiri tiga Timbalan Premier iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, langkah menaikkan kadar SKAS itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026.

Katanya, penyaluran bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa sepanjang tahun ini, dengan fasa pertama telah bermula pada Mac 2026, diikuti fasa kedua pada Mei dan fasa ketiga dijadualkan pada November 2026.

Berhubung pemberian diskaun bil elektrik, beliau berkata ia melibatkan diskaun 25 peratus untuk pengguna domestik bermula April hingga Disember 2026.

“Kadar diskaun ini adalah setara dengan kadar yang pernah diberikan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang lalu.

“Dijangka seramai 714,557 pengguna domestik akan menikmati manfaat ini, dengan pembayaran sebanyak RM188.1 juta yang sepenuhnya akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata bagi mengurangkan kos perniagaan para peniaga dan penjaja di Sarawak, kerajaan akan memberikan diskaun 50 peratus ke atas sewaan pasar dan gerai milik PBT.

Manakala bagi peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyewa di premis perniagaan milik badan-badan berkanun negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), diskaun sewaan sebanyak 50 peratus akan turut diberikan, katanya.

Diskaun sewaan tersebut katanya, akan ditanggung oleh badan-badan berkanun berkenaan melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM8.1 juta.

“Secara keseluruhannya, jumlah bantuan kewangan Kerajaan Sarawak bagi tahun 2026 adalah RM876.2 juta iaitu SKAS berjumlah RM680 juta (termasuk peruntukan diumum sebelum ini RM543.8), diskaun bil elektrik (RM188.1 juta) dan sewaan pasar dan gerai (RM8.1 juta),” jelasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari memberitahu Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap ekonomi dan sektor perniagaan di Sarawak.

“Ia adalah bagi memastikan kita sentiasa bersedia dengan pendekatan dan langkah yang proaktif bagi menangani isu dan impak konflik tersebut, di samping bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.083565 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list