CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 103|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Mengamuk hilang kunci kereta, lelaki ugut bunuh adik dipenjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 16-4-2026 10:31 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah mengugut bunuh adik kandung perempuannya setelah mengamuk kerana kehilangan kunci kereta, bulan lalu.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan hukuman penjara bagi Azmanizzam Roslan, 39, untuk dikuatkuasakan mulai hari ini.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya yang berusia 25 tahun dalam satu kejadian pada 9 Mac 2026, sekitar jam 4 pagi di sebuah rumah di Taman Sukma di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh mengamuk setelah mendapati kunci kereta hilang dan seterusnya menuduh mangsa serta ibu mereka mengambil kunci tersebut.

Semasa kejadian, tertuduh mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh iaitu, "Mun kau ambik kunci kereta ya aku bunuh kau," selain turut mengugut hendak mencederakan seluruh ahli keluarga.

Khuatir akan keselamatan diri dan keluarga, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada keesokan harinya sekitar jam 10.45 pagi.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada kehilangan kunci kereta tertuduh yang menyebabkan tertuduh bertindak agresif.

Tiada kecederaan fizikal berlaku, namun kata-kata ugutan tersebut telah menyebabkan mangsa berasa takut dan trauma.

Malah, siasatan lanjut polis juga mendapati tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau, sekali gus menunjukkan bahawa ugutan tersebut bukan sekadar gertakan kosong.

Hasil semakan sistem mendapati tertuduh merupakan seorang penjenayah tegar dengan rekod jenayah lampau yang membimbangkan, antara lain mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kesalahan berkaitan dadah serta jenayah harta benda/kekerasan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2021.

Sistem turut menunjukkan tertuduh mempunyai lima rekod dijatuhkan hukuman bagi pelbagai kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, sementara kes disiasat Inspektor Nur Ain Wong.

Tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list