CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 88|Reply: 0

[Sarawak] Wanita warga emas di Miri rugi RM1.17 juta akibat terperdaya 'love scam'

[Copy link]
Post time 16-4-2026 10:21 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

MIRI: Seorang wanita warga emas di sini mengalami kerugian lebih RM1.17 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan 'love scam' di media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima satu laporan polis berhubung kes berkenaan pada Rabu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, seorang pesara swasta berusia 64 tahun pada mulanya berkenalan dengan suspek melalui aplikasi TikTok sebelum komunikasi mereka beralih ke aplikasi WhatsApp selepas suspek mendapatkan nombor telefon mangsa.

“Suspek telah menyamar sebagai seorang warga asing dengan menggunakan gambar milik individu lain serta dokumen peribadi yang telah disunting.

“Suspek kemudiannya memperdayakan mangsa dengan mendakwa terlibat dalam projek cari gali yang telah diluluskan dan meminta bantuan mangsa untuk membuat bayaran pendahuluan serta kos-kos projek berkenaan dengan alasan mengalami masalah akaun banknya disekat atau digodam dan berjanji akan membayar balik wang mangsa dalam matawang USD,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Farhan berkata, mangsa yang terperdaya dengan pujuk rayu dan janji manis suspek telah membuat sebanyak 59 transaksi ke sembilan akaun pihak ketiga yang diberikan oleh suspek, sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,173,700.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga sebelum tampil membuat laporan polis.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati menerima permintaan rakan di media sosial daripada individu tidak dikenali serta tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu, kata-kata manis dan janji yang tidak munasabah.

Orang ramai juga digalakkan untuk menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber atau selepas membuat sebarang transaksi mencurigakan ke akaun pihak ketiga.

Selain itu, orang ramai turut disaran membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui portal Semak Mule CCID di http://semakmule.rmp.gov.my⁠ sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Pihak polis turut mengingatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat terkini modus operandi penipuan melalui laman Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.217580 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list