CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

[Sarawak] Ibu bapa tidak puas hati keputusan mahkamah dalam kes amang seksual disaran buat rayuan

[Copy link]
Post time 13-4-2026 10:37 AM | Show all posts |Read mode


Nancy (duduk, tengah) bergambar bersama golongan wanita yang hadir pada Program Outreach WCaRe: Pemerkasaan Komuniti Etnik di Kampung Pasir Panjang hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Ibu bapa yang tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah dalam kes amang seksual disaran menggunakan saluran undang-undang sedia ada untuk membuat rayuan.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian amat memahami keresahan ibu bapa berkenaan dan turut menyifatkan ia sebagai amat serius.

Menurut beliau, ibu bapa mempunyai hak untuk memfailkan rayuan sekiranya berasakan keputusan yang dibuat mahkamah tidak memadai atau menimbulkan rasa tidak adil.

“Apabila ibu bapa sudah berasa tidak senang hati, mereka boleh merayu jika mahu. Itu adalah hak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Outreach WCaRe: Pemerkasaan Komuniti Etnik di Kampung Pasir Panjang bagi mengalakkan lebih ramai wanita untuk menjalani saringan HPV DNA.

Nancy berkata, kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam keputusan mahkamah, namun boleh memainkan peranan dengan menyalurkan pandangan kepada pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk pertimbangan lanjut.

“Kalau dari pihak kementerian, kita boleh menyuarakan kepada Peguam Negara. Tetapi keputusan mahkamah bukan di bawah bidang kuasa kita,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kerajaan sentiasa komited dalam menangani isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan tidak akan memandang ringan perkara tersebut.

Pada masa yang sama, sebarang penilaian terhadap hukuman atau jumlah ikat jamin perlu dibuat secara teliti berdasarkan fakta kes dan alasan penghakiman mahkamah.

“Saya tidak boleh memberi pandangan secara umum tanpa membaca keputusan mahkamah. Kita perlu lihat rasional di sebalik keputusan itu terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan pindaan undang-undang, beliau berkata setakat ini belum ada keperluan mendesak tetapi perkara itu boleh dipertimbangkan berdasarkan perkembangan kes dan keperluan semasa.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemilik rumah kebajikan kanak-kanak di Batu Caves mengaku tidak bersalah terhadap beberapa pertuduhan amang seksual melibatkan lima orang kanak-kanak lelaki dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang.

Kes berkenaan mencetuskan reaksi tidak puas hati oleh ibu bapa mangsa-mangsa berkenaan yang menyifatkan jumlah tersebut sebagai rendah berbanding keseriusan kesalahan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.108437 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list