CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beradik dirempuh kereta ketika melintas

[Copy link]
Post time 11-4-2026 04:33 AM | Show all posts |Read mode
Dua beradik dirempuh kereta ketika melintas

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
10 April 2026 09:06am





Dua beradik cedera dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian pada Rabu lalu.






GEORGE TOWN – Dua beradik mengalami pelbagai kecederaan selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Paya Terubung berhampiran SJK(C) Aik Hua, di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mangsa masing-masing seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan adik lelakinya berusia 12 tahun dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari, Rabu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun itu telah melanggar kedua-dua mangsa ketika mereka berada di laluan berkenaan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, Swee Sake meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman 'dashcam' berkaitan kejadiana tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Lim Zhao Yong di talian 011-1907 8888.

“Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/775111/berita/semasa/dua-beradik-dirempuh-kereta-ketika-melintas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.701679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list