CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 107|Reply: 0

[Sarawak] Dua kanak-kanak alami masalah pendengaran perlukan dana pembedahan RM200,000

[Copy link]
Post time 10-4-2026 10:28 PM | Show all posts |Read mode


Sebastian (tiga kanan) menerima sumbangan daripada Ng Khien Ku dari Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lung Kong Miri.

MIRI: Orang ramai dirayu untuk terus tampil menderma bagi memastikan sasaran dana RM200,000 bagi tujuan pembedahan dua kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dapat dicapai dalam masa terdekat.

Dua kanak-kanak terbabit iaitu Flora Lee Kai Shuan, 5, dan Andy Harrison, 3, kini berkejar masa untuk menjalani pembedahan implan yang bakal memberi peluang kepada mereka mendengar semula dan menjalani kehidupan normal.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang juga pengerusi Persatuan Implan Koklea Miri berkata sejak kempen pengumpulan dana dilancarkan pada 24 Mac lalu, jumlah dana yang dikumpul Isnin lalu mencecah RM125,579 iaitu melebihi separuh daripada angka sasaran.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bermurah hati menghulur sumbangan sejak kempen dilancarkan pada 24 Mac lalu dan saya yakin sasaran penuh boleh dicapai dalam minggu hadapan.

“Justeru, saya merayu orang ramai untuk terus menyumbang sehingga sasaran dana dapat dicapai bagi membolehkan kedua-dua kanak-kanak terbabit menjalani pembedahan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Sebastian memaklumkan dana yang diperolehi setakat ini adalah hasil sumbangan 29 persatuan dan kumpulan tarian yang berjaya mengumpul RM14,000, diikuti penyokong Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lung Kong yang menyumbang RM6,300 serta seorang penderma individu yang hanya dikenali sebagai Puan Voon, yang menyumbang RM1,000.

Sebastian menyifatkan sokongan melimpah daripada masyarakat di Miri dan kawasan lain sebagai “hadiah kasih sayang” kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, pihak penganjur kini sedang membuat persiapan bersama doktor untuk menjadualkan pembedahan yang akan dilaksanakan sebaik sahaja sasaran dana berjaya dicapai.

“Implan koklea ini akan membolehkan mereka mendengar bunyi termasuk muzik dan perbualan harian, yang amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.424061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list