CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

[Sarawak] Rebut peluang jadi pembekal bahan binaan di Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 9-4-2026 03:02 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad (lima kanan) bersama pegawai dan kakitangan PPK2 JKR sebelum taklimat di Wisma Hong, Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan menggesa pemain industri dan sektor swasta tampil segera sebagai pembekal Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta bahan binaan kritikal bagi mengatasi kekurangan ketara yang kini menjejaskan kelancaran projek pembinaan di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kekurangan pembekal tempatan khususnya bagi IBS serta komponen pembinaan utama menyebabkan kedua-dua negeri masih bergantung kepada bekalan dari Semenanjung.

“Ketika ini, bilangan pembekal IBS di Sabah dan Sarawak amat terhad, sekali gus tidak mampu menampung keperluan projek pembangunan yang semakin meningkat.

“Di Sabah, hanya terdapat dua syarikat pembekal IBS, manakala di Sarawak hanya satu. Jumlah ini jelas tidak mencukupi untuk menyokong pelaksanaan projek pembinaan berskala besar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat sempena lawatan kerja rasmi ke Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) Jabatan Kerja Raya (JKR) di Wisma Hong di sini, hari ini.

Ahmad berkata, selain IBS, Sabah dan Sarawak turut berdepan kekurangan bekalan bahan binaan lain seperti jubin, pintu tahan api, bahan bumbung, rangka aluminium, Blok Konkrit Berudara Autoklaf (AAC) serta kelengkapan besi.

Jelasnya, kebanyakan bahan berkenaan masih perlu dibawa masuk dari Semenanjung, sekali gus meningkatkan kos dan tempoh pelaksanaan projek.

“Kekurangan bekalan ini menyebabkan harga bahan binaan menjadi lebih tinggi, tempoh pembinaan lebih lama dan menjadikan industri pembinaan kurang kompetitif,” ujarnya.

Tambah beliau, bekalan bahan mentah tempatan seperti kayu dan besi juga sedia ada, namun masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran.

Sehubungan itu, beliau menyeru lebih ramai pemain industri dan pelabur untuk merebut peluang menjadi pembekal bahan binaan di Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh rantaian bekalan tempatan.

Dalam pada itu, Ahmad turut memaklumkan industri pembinaan di kedua-dua negeri turut berdepan tekanan kos susulan harga diesel bagi sektor industri yang masih mengikut harga pasaran antarabangsa.

Katanya, walaupun harga diesel bersubsidi bagi pengguna awam di Sabah dan Sarawak ditetapkan pada RM2.15 seliter, sektor industri masih perlu menanggung kos lebih tinggi, sekali gus menambah beban kepada pemain industri.

“Keadaan ini memberi tekanan tambahan kepada industri pembinaan yang sudah berdepan kekangan bekalan bahan,” katanya.

Beliau berharap usaha memperkukuh rantaian bekalan tempatan serta penstabilan harga bahan api dapat membantu melancarkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.798399 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list