CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa laluan utama di Miri ditutup sempena Miri Marathon 2026

[Copy link]
Post time 9-4-2026 12:39 PM | Show all posts |Read mode


TUTUP…Antara laluan yang ditutup sempena Penganjuran Miri Marathon 2026 kelak.

MIRI: Penganjuran Miri Marathon 2026 bakal menyaksikan perubahan ketara aliran trafik di bandar ini apabila beberapa jalan utama ditutup secara berperingkat bermula tengah malam Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, acara yang dijadualkan bermula seawal jam 12.01 pagi hingga 8.00 pagi itu melibatkan penggunaan laluan utama di sekitar pusat bandar, sekali gus memerlukan kawalan trafik yang rapi oleh pihak berkuasa.



“Penutupan penuh akan dilaksanakan di beberapa lokasi penting termasuk Bulatan Kipas, Jalan Bulan Sabit, Bulatan Pujut 3, persimpangan lampu isyarat Lutong serta jejambat Seberkas.

“Turut terlibat ialah kawasan tumpuan seperti lampu isyarat Jalan Miri-Pujut berhampiran Parkson, Jalan Kubu, Bulatan Marriott, selain laluan pesisir seperti Jalan Tanjung Lobang dan Jalan Luak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, Mohd Farhan berkata, beberapa laluan lain akan dilencongkan bagi mengurangkan kesan kesesakan antaranya di Jalan Sehati, Pujut 7, Brighton, Marina Utama serta beberapa bulatan utama termasuk Seberkas, Pullman dan Pujut.



Beliau menambah, pelaksanaan penutupan dan lencongan ini merupakan langkah keselamatan bagi memastikan kelancaran acara serta melindungi peserta yang menggunakan jalan raya sepanjang maraton berlangsung.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan anggota bertugas bagi mengelakkan kesulitan.

“Bagi mengurangkan gangguan, pengguna dari arah Permyjaya dan Senadin digalakkan menggunakan Jalan Miri Bypass sebagai laluan alternatif utama.



“Sementara itu, pengguna dari Lutong boleh melalui Jalan Pulau Melayu sebelum menyambung perjalanan ke Jalan Krokop, manakala mereka dari arah Lambir, Taman Tunku dan Lapangan Terbang Miri masih boleh menggunakan Jalan Miri-Bintulu hingga ke lampu isyarat Parkson,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, kerjasama orang ramai dalam mematuhi papan tanda sementara serta arahan trafik sepanjang tempoh acara berlangsung amat diperlukan.

Manakala, katanya, sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri di talian 085-430479.




Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.355796 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list