CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-HBZ

Kesihatan Norish Karman Makin Merosot, Berada Dalam Situasi Berisiko Tinggi

[Copy link]
Post time 9-4-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baca kat Harian Metro tadi.
__________________________

Netizen mula ragu dakwaan Norish Karman sedang kritikal.

Kuala Lumpur : Anak sulung kepada pelakon Norish Karman yang dikenali sebagai Manda masih gagal dihubungi menerusi panggilan telefon, WhatsApp, bahkan kiriman mesej di Instagram ibunya dan Instagram peribadinya.

Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon Norish yang sebelum ini turut digunakan Manda. Beberapa panggilan dijawab, namun tidak ada sebarang suara.

Rata-rata, netizen di pelbagai platform media sosial mula meluahkan rasa ragu-ragu selepas Manda menerusi akaun Instagram dan Threads Norish, berkongsi keadaan pelakon itu yang didakwa sedang kritikal.

Tindakan individu mendakwa dirinya 'Manda' membuka akaun GoGetFunding untuk mengumpul dana bantuan kewangan juga menambah keraguan orang ramai apabila pertanyaan mengenai lokasi hospital tidak dijawab.

Lebih meragukan, ayat yang digunakan di GoGetFunding juga dilihat tidak teratur, seolah-olah ayat yang sering digunakan oleh 'scammer' (penipu) dari negara jiran.

Harian Metro cuba menghubungi Manda di Instagram peribadinya, namun tidak mendapat sebarang balasan. Malah, komen netizen di hantaran terakhirnya, yang meminta penjelasan mengenai situasi sebenar juga tidak dibalas.

Selain itu, Harian Metro turut cuba menghubungi seorang lagi anak Norish, Haqiem Aoki untuk meminta komen berkaitan keadaan ibunya yang didakwa kritikal selain meminta nombor telefon Manda.

Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro ke Instagram Haqiem mendapati dia kini berada di Beijing, China.

Di platform GoGetFunding, netizen yang bersimpati dengan keadaan pelakon itu mula menyumbang dan setakat jam 12 tengah hari ini, jumlah kutipan mencecah lebih RM900.

Terdahulu, Manda menerusi akaun media sosial Norish memuat naik hantaran pilu mengenai keadaan ibunya yang dikatakan sedang kritikal sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Netizen diminta agar berhati-hati kerana 'scammer' menggunakan pelbagai cara untuk melakukan penipuan antaranya, mencuri identiti dan akaun media sosial orang lain untuk mencuri wang.

Disiarkan pada: April 9, 2026 @ 2:35pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 10:47 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 9-4-2026 10:18 PM
Meols baca kat Harian Metro tadi.
__________________________

alamak... btw kenapa guna gogetfunding tak guna personal acc? bank block ke kalau byk sgt transaction?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 9-4-2026 10:47 PM
alamak... btw kenapa guna gogetfunding tak guna personal acc? bank block ke kalau byk sgt transact ...

Entah le chuols. Baca kat situ kata kot ada scammer menyamar utk kutip dana tu. Taktau la betul ka tak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm scam je.. lg pulak ada bahasa indon. Cam pelik je duduk sini tp pekat indonnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 9-4-2026 02:40 PM
Amanda ni ank dgn si adik fd ke

Yg tu bukan boy ke anaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 9-4-2026 10:47 PM
alamak... btw kenapa guna gogetfunding tak guna personal acc? bank block ke kalau byk sgt transact ...


Dlm forum ni ada kenalan NK kan,ai lupa id dia. Dulu kan masa bukak benang NK sibuk report kat NK. Cer tanya dia, betul ke NK sakit?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sorang je ke rasa FISHY?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 10-4-2026 07:02 PM
Iols sorang je ke rasa FISHY?

Keikanan itu ada di rumah shima .... di sini malas pula nak cemarkan doa baik2 semua org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 10-4-2026 07:05 PM
Keikanan itu ada di rumah shima .... di sini malas pula nak cemarkan doa baik2 semua org

Shima? Sesuatu ke? Dlm sebulan ni nampak naik je benang tu. nanti iols jenguk kejap apa yg korg kecohkan. Gbr sheols tu mcm pengkid
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Claim kritikal. Gambar macam kat hospital swasta. Mintak duit orang. Kalau takde duit, tak pergi swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 10-4-2026 07:54 PM
Shima? Sesuatu ke? Dlm sebulan ni nampak naik je benang tu. nanti iols jenguk kejap apa yg korg ke ...

Tkde kaitan dgn shima entah kenapa perbualan kat situ off topik sesat barat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia up gambar sepital, sebelum elok upload gambar Raya. Pastu gigih anak dia explain kata IG NK anak yg upload ikut arahan maknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ex laki nye Nk duk area bangi kah? iols selalu nampak ex laki bekpes sorg2 kt satu kedai makan ni kt Bangi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 09:25 AM | Show all posts
harap dia cepat sembuh

tapi nak bagi duit….sorry lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu dulu ada la dijemput satu radio stesyen ni.Dia punya membongak tu baru intro je Aku dh tukar channel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:09 PM | Show all posts
syafakillahhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-4-2026 11:28 AM
Dia ni dulu dulu ada la dijemput satu radio stesyen ni.Dia punya membongak tu baru intro je Aku dh t ...

Bongak & Bongkak seiring
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 05:23 PM | Show all posts
kita selama ni suka dia ni tapi dua kali tersermpak dia dalam IPC (depan the curve) dia mmg duduk atas kerusi roda. dia bersama anak-anak yg ramai tu... kita senyum dia buat2 pandang tempat lain bukannya nak senyum balik. aku jumpa dua kali ye, dua kali dia mcm tu. sial punya pelakon sekarang mintak sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan NK. Aku kesiankan anak2 angkat dia tu je.. dan aku rasa NK ibu angkat yang baik juga.. jadi semoga rezeki anak2 angkat dia murah, dipermudahkan, diberi jalan terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 11-4-2026 05:23 PM
kita selama ni suka dia ni tapi dua kali tersermpak dia dalam IPC (depan the curve) dia mmg duduk at ...

Dia mmg kerek kan..dh la perangai pun tak semenggah

Lepas kes abg FD, tikam belakang kwn yg tlg tumpangkan dia..kat tv kemain dia menipuuuuu..omg..sbb dia pelakon kan makanya nmpk convincing gila.. aku maleh nk kesian!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 11:57 AM GMT+8 , Processed in 1.098818 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list