Hantaran pempengaruh media sosial, Rosix Omar menjadi perhatian apabila berkongsikan mengenai Noor Nabila yang membeli pinggan plastik secara atas talian dari luar negara.
Menerusi hantaran di TikTok, Rosix berkongsikan Nabila membeli pinggan plastik dengan rekaan mewah berkenaan untuk rumah terbuka hari raya.
“Nabila tak nak pinggan plastik biasa. Jadi, Nabila cari di Amazon, konon-konon beli yang lagi eksklusif.
“Dia kata beli untuk guna open house, nampak lagi cantik. Nabila ni kalau boleh tisu pun beli dari luar negara,” seloroh Rosix.
Dalam video berkenaan, kelihatan Nabila sedang menyusun pinggan plastik yang dibeli serta sudu, garfu dan pisau berwarna keemasan.
Perkongsian Rosix itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan sama ada perlu basuh ke selepas gunakan kerana ibu mereka pasti basuh semula untuk disimpan.
Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan di mana boleh dapatkan pinggan plastik berkenaan serta ada yang mengatakan jika banyak duit pun mereka akan membelinya.
Tak kira mahal ke murah plastik tak bagus untuk makanan , kalau letak makanan / kuah panas panas dia boleh cairkan palstik tu dan chemical plastik tu akan meresap dalam makanan tu dan terjadilah kanser yang pelbagai . Sekarang ni orang pakai eco friendly disposable dishware macam bamboo , bagasse , PLA , palm leaves .. Itu baru betul ada kelasss. Ini takat beli palastik dekat Amazon.Com , apppooo....
Post time 9-4-2026 02:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pakai la yg organic ... baru betul.. saya dulu tringin nak beli machine yang boleh acu kan daun2 jadi pinggan , mangkuk , cawan yg disposable . Tapi tak beli pun sampai harini