|
View: 3786|Reply: 22
|
Lelaki mengamuk kejar polis guna pisau pemotong daging di Telok Panglima Garang
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak mengamuk dengan menggunakan pisau pemotong daging di sebuah restoran makanan laut selepas diminta pemilik kedai supaya dia melangsaikan hutang lampau dalam kejadian di Jalan Pandan 2, Telok Mengkuang, Kuala Langat semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 itu, suspek yang berusia 30-an dan tidak bekerja berjaya ditahan pihak polis selepas mengancam keselamatan orang awam dan anggota bertugas.
Terdahulu, menurut beliau, maklumat kejadian itu diterima daripada anggota MPV Sektor 4 Telok Panglima Garang sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, suspek didapati bertindak agresif serta memecahkan pelbagai barangan di restoran berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek turut merosakkan tiga kenderaan milik orang awam di sekitar kawasan tersebut.
“Lelaki itu juga dilaporkan bertindak ganas dengan melibas senjata ke arah anggota polis serta kenderaan MPV, sekali gus mengancam keselamatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Akmalrizal berkata, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah dan satu berkaitan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam tanpa kebenaran sah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kejadian lain, Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya sedang giat mengesan seorang lelaki disyaki mencuri tayar dan rim sebuah van milik penduduk di Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor kelmarin kira-kira pukul 11 pagi, selepas menerima laporan daripada mangsa yang dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian tersebut.
Katanya, suspek dipercayai datang ke lokasi dengan menaiki sebuah kereta yang telah dikenal pasti.
Kejadian itu turut dirakam dan video berkaitan kini tular di media sosial.
Ujarnya, usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas sedang dijalankan secara aktif bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
Sumber – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Belia wawasan negara buat hal lagi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa geram je nak guna pisau tu tolong potong2 buang lemak2 dia  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila pdrm nak pakai taser gun ni? Senang nak handle benda2 macam ni.
Kalau Polis tu tembak je tadi, dah jadi cerita lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
polis tu boleh lari.. astagaaaa..
pistol tu buat hiasan ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh la geng kacip nak justify isu ni dalam media sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Type k ke?
Ok je
Harap ramai lagi geng kicap kuali buat hal openly
Bole tengok geng2 nya justify yg tak masuk akal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana blh nnt Arun doraemon ada modal nk selamatkan belia... Belia ada fmly
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
belia harapan dan berwasasan negara tak takut kerana backup by politician |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Belia harapan pengecatbintang...PRU16....  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fulamak, banyak betul akta dia kena ni
curious pulak nak tengok apa diorang pusing dalam court bab ni
kalau lepas jugak memang !@#$%^&*( |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam tgk cerita tamil berlaku kat tamil nadu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dh sedia ada rekod jenayah,4 kot. Dia nk buat rekod baru la tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gaya memang ada niat ingin mendatangkan kecederaan parah ke atas penjawat awam. Kecederaan parah yang boleh mendatangkan kematian.
Kalau di usung kerusi plastik sambil kejar polis, itu lain cerita.
Harap loyar dia (jika ada yang sanggup) dapat putar fakta seperti yang netijen jangkakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawa ke hospital gi buat kad ke????
Dah dah... Aiol buat lawak bodo je. Belia harapan negara no need card yeah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni ngamuk dalam balai pun diam tercegat tengok.
Yang ni kena kejor pun lari. Bagi tembakan amaran pun tak boleh ke? Yang lain pun tak takut lepas ni kalu begitu tindakbalasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita orang melayu ni kena lah bersangka baik
Dia kejar sebab polis tu tertinggal parang
"Alamak ini polis abang dia punya pisau juga ada tinggal saya kedai.. Ayooo saya baju juga tara pakai.. abang!!! Ini pisau lupa juga!! Ayoo ini abang kenapa lari.. abangg!! Pisauuu.. pisauuu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GARANGNYA..DIA WORANG PUNYA PANGLIMA.....  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|