CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

[Sarawak] KCFM Edisi Hari Raya di Petra Jaya pada 12 April

[Copy link]
Post time 9-4-2026 09:19 AM | Show all posts |Read mode


Poster Kuching Car Free Morning (KCFM) Edisi Hari Raya pada 12 April ini di di Medan Raya Masja.

KUCHING: Kuching Car Free Morning (KCFM) Edisi Hari Raya di Petra Jaya akan diadakan pada 12 April di Medan Raya Masja menandakan penganjuran KCFM Petra Jaya akan diadakan secara berkala pada minggu kedua setiap bulan.

Sebagai permulaan, edisi ini tampil dengan suasana istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menggabungkan elemen gaya hidup sihat, kekeluargaan serta kemeriahan perayaan.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menjadikan Kuching sebagai bandar raya rendah karbon yang mampan selari dengan aspirasi pembangunan hijau dan kesejahteraan rakyat.

Program bertujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup aktif melalui pelbagai aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, senamrobik serta aktiviti riadah lain yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Edisi khas ini turut menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya sesi Aerodance, Perarakan Raya, Program 'DBKU On The Move', taman permainan inflatable untuk kanak-kanak serta aktiviti 'Digital Info Hunt' yang interaktif.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan dengan mengenakan pakaian bertemakan Hari Raya bagi memeriahkan lagi suasana.

Program itu juga menyediakan platform untuk komuniti setempat berkumpul dalam suasana santai tanpa kenderaan bermotor di kawasan terpilih.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055147 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list