CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar terperdaya sewa bilik tidak wujud rugi RM750

[Copy link]
Post time 9-4-2026 09:13 AM | Show all posts |Read mode


LAWAS: Seorang pelajar perempuan kerugian RM750 selepas menjadi mangsa kes penipuan sewa bilik tidak wujud secara dalam talian Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa melihat tawaran sewa bilik di Selangor melalui media sosial dan telah berhubung dengan seorang ejen.

“Hasil perbincangan dengan ejen, mangsa telah melakukan beberapa kali transaksi kewangan ke akuan suspek dan apabila sampai di bilik sewa yang dimaksudkan, pengadu tidak dapat berhubung dengan ejen berkenaan dan tidak memperolehi bilik yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang buruh dicekup selepas dipercayai terlibat kes kehilangan wang dalam peti wang di sebuah kedai runcit di Jalan Merapok yang menyebabkan pemiliknya kerugian RM500 dalam kejadian Isnin lepas.

Katanya, suspek, 54, ditahan selepas kelibatnya dapat dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit.

“Semakan CCTV dalam kedai berkenaan mendapati seorang lelaki tempatan telah mengambil wang berkenaan semasa mangsa pergi ke belakang kedai.

“Mangsa mengalami kerugian sekitar RM 500 dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,”ujarnya.

Kata beliau, semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Sementara itu, dua lelaki berusia 45 dan 25 tahun ditangkap kerana positif dadah dalam dua operasi berasingan di daerah ini pada Ahad dan Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.827139 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list