CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 95|Reply: 0

[Sarawak] Bapa luluh hati, anak antara dua mangsa yang lemas dalam tragedi berkayak di Kedah

[Copy link]
Post time 9-4-2026 09:05 AM | Show all posts |Read mode


Ling (kanan) kelihatan sugul ketika ahli keluarga dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir. — Gambar Roystein Emmor

KUCHING: “Tidak perlu pergi sejauh itu.” Pendek dan ringkas namun penuh makna.

Demikian luahan pilu Ling Kuok Hui, bapa kepada guru pelatih, Christopher Ling Jia Siang yang masih bergelut menerima pemergian anaknya dalam tragedi berkayak di Kedah.

Christopher, anak jati Sarawak dan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, ditemui lemas pada 4 April ketika menyertai aktiviti berkayak bersama seorang lagi pelatih dari Sibu, Joey Ling dalam keadaan laut bergelora.

Bercakap kepada pemberita di Chan Funeral Services Parlour, Batu 5 di sini, Ling meluahkan kebimbangan terhadap pelaksanaan program latihan yang diadakan jauh dari keluarga.

“Kalau dibuat di sini, sekurang-kurangnya kami boleh menjaganya, tetapi apabila dia berada jauh, kami tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Beliau turut menekankan risiko yang dihadapi golongan muda khususnya mereka yang dibesarkan di kawasan bandar dan kurang terdedah kepada keadaan laut terbuka.

“Kanak-kanak yang membesar di bandar, kalau disuruh berenang di laut terbuka, itu tidak realistik.

“Ia berbahaya, sangat berbahaya,” tegasnya.

Menurut Ling, walaupun anaknya tahu berenang, Christopher bukanlah perenang yang kuat dan keadaan laut sebenar jauh berbeza daripada apa yang dilihat dari pantai.

“Apabila berada di laut, keadaannya tidak sama, ombak akan menolak kita ke belakang dan kita tidak dapat bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat yang diterima keluarga, ombak kuat dipercayai menjadi antara faktor kejadian.

Laporan bedah siasat kemudiannya mendapati mangsa dipercayai terlanggar objek di dalam air sebelum lemas.

“Dia terlanggar sesuatu... di kepala dan tangannya.

“Tetapi sekarang, apa pun yang diperkatakan sudah tidak bermakna lagi. Anak saya sudah tiada,” katanya dengan suara sebak.

Ling turut meluahkan kekecewaan terhadap kekurangan maklumat jelas daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

“Mereka hanya kata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, namun akhirnya saya tidak tahu selalunya begitulah,” katanya.

Beliau berkata maklumat awal turut menunjukkan faktor jarak dan penglihatan terhad menyukarkan saksi melihat kejadian dengan jelas.

Menggambarkan anaknya sebagai seorang yang pendiam dan berdikari, Ling berkata, Christopher telah mengikuti program berkenaan selama dua tahun.

“Dia anak yang baik. Ke mana sahaja dia pergi, dia lakukan dengan baik, tetapi tidak pernah mencari perhatian.

“Dia selesaikan masalah sendiri, hanya apabila benar-benar tidak mampu, barulah dia datang meminta bantuan,” katanya.

Ling berkata, disebabkan beliau bekerja syif malam, kebanyakan urusan berkaitan program tersebut diuruskan oleh ibu Christopher.

Program latihan itu dijadualkan berlangsung selama seminggu namun tragedi berlaku pada hari kedua.

Menurutnya, isterinya sempat berpesan agar anak mereka berhati-hati sebelum berangkat — pesanan yang kini menjadi kenangan yang amat menyayat hati.

Tempoh berkabung akan diadakan dari 7 hingga 9 April dengan upacara memasukkan jasad mendiang ke dalam keranda dijadualkan pada 9 April, 8 pagi diikuti upacara penghormatan terakhir pada sejam kemudian.

Perarakan jasad mendiang kemudiannya akan menuju ke krematorium Nirvana Memorial Park.



Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040325 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list