CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1427|Reply: 4

[Tempatan] Malaysia mengorak langkah :biodiesel B100, iaitu bahan api yang berasaskan 100 peratus minyak kelapa sawit pertama di dunia.Kita akan menang?

[Copy link]
Post time 8-4-2026 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-4-2026 08:50 PM

Satu inisiatif yang amat berpotensi untuk merubah landskap ini adalah pelaksanaan biodiesel B100, iaitu bahan api yang berasaskan 100 peratus minyak kelapa sawit.



Menariknya, B100 merupakan antara biodiesel pertama di dunia yang dihasilkan tanpa sebarang campuran bahan api fosil, tidak seperti campuran sedia ada seperti B7, B10, atau B20.

Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pelaksanaan inisiatif hijau yang masih di peringkat dasar ini dijangka akan mula digerakkan di dalam ekosistem FELDA terlebih dahulu.

Potensi Ekonomi dan Keselamatan Tenaga
Kelebihan utama B100 terletak pada manfaat ekonomi dan sumbangannya kepada negara. Berdasarkan harga minyak sawit mentah (CPO) semasa, harga kilang bagi biodiesel ini dianggarkan sekitar RM4.50 seliter.

Sekiranya harga bahan api ini dapat dikekalkan di bawah paras RM5.00 seliter, B100 bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap penggunaan diesel konvensional, malah ia akan memainkan peranan penting dalam menyokong penstabilan harga bahan api domestik.


Lebih penting lagi, inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk memperkukuh keselamatan tenaga nasional dalam jangka masa panjang

Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan B100, pelbagai ujian ketahanan dan prestasi telah pun dilaksanakan.

Kesediaan teknikal B100 telah dibuktikan seawal tahun 2024 melalui satu ujian percubaan selama empat bulan yang menggunakan trak tangki.

Seterusnya, sejak tahun 2025, satu projek perintis penggunaan biodiesel B100 telah dijalankan secara lebih meluas melibatkan kenderaan penumpang selama 15 bulan, yang telah mencatatkan jarak perjalanan sejauh lebih 50,000 kilometer.

Walaupun teknologi B100 sudah lama dikenali dalam dunia sains, FELDA mencatatkan sejarah baharu apabila menjadi antara agensi dunia pertama yang mengkomersialkan penggunaan biodiesel 100% tanpa fosil secara besar-besaran sebagai solusi kepada ketidakstabilan harga bahan api dunia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 08:55 PM | Show all posts
B10 = 10% minyak sawit + 90% diesel = Biodiesel

B100 = 100% minyak sawit -> efisyen ke engine utk pemandu yg agresif

la ni kalo x silap

diesel kat gas station Mesia mmg Biodiesel

--

kena tengok jugak harga minyak sawit la ni

rasanya harga minyak sawit pon naik masa Perang U.S/ Israel vs Iran ni  



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni b100 tak kos efektif kerana diesel fossil ada economic of scale

Tapi berkat peningkatan harga diesel rm6.72 seliter (kecuali sabah dan sarawak) yang baru diumukan oleh PMX hari ni maka akan memberi nafas baru kepada produk ini etc
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:15 PM | Show all posts
Enjin kenderaan support ke B100 ni? Kang rosak tak pasal2 void warranty atau kena overhaul nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya dah lama dah Malaysia komersialkan biofuel..at least b10 or b20 dulu.. kt Aussie tu lama dah guna

soalan serius ni...tang mana bio"diesel" nya kalo 100% guna minyak sawit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083684 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list