CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1476|Reply: 5

[Dunia] Siling runtuh, air mencurah di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

[Copy link]
Post time 8-4-2026 11:09 AM | Show all posts |Read mode




Siling runtuh, air mencurah di Lapangan Terbang Soekarno-HattaKejadian itu menyebabkan aliran air deras menghempas ke dalam ruang menunggu di balai berlepas dan mencetuskan panik dalam kalangan pengembara. - Foto Instagram


JAKARTA: Sebahagian struktur bahagian siling di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, runtuh susulan hujan lebat selama beberapa hari, pada Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan air deras menghempas ke dalam ruang menunggu balai berlepas dan mencetuskan panik dalam kalangan sebahagian pengembara.

Insiden itu berlaku 1.40 tengah hari di Terminal 3 lapangan terbang antarabangsa utama ibu negara itu.
Seorang penumpang penerbangan memberitahu agensi berita tempatan, Antara mengenai kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, rakaman yang tular di media sosial menunjukkan air menitis melalui sebahagian siling sebelum beberapa panel runtuh dan air mencurah ke ruang menunggu.

Orang ramai dilihat segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian sambil membawa barangan masing-masing.

Antara turut melaporkan, beberapa penerbangan yang dijadual mendarat di lapangan terbang itu lebih awal pada hari sama dilencongkan. Ia berikutan hujan lebat dan perubahan arah angin.

Penolong Timbalan Komunikasi dan Hal Ehwal Perundangan PT Angkasa Pura Indonesia (InJourney Airports) bagi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Yudistiawan berkata, insiden itu terjadi kira-kira lima minit.

Beliau berkata, kakitangan lapangan terbang segera membersihkan kawasan terjejas bagi mengelakkan sebarang kesan terhadap perkhidmatan penerbangan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan," katanya.
Yudistiawan berkata, semua kemudahan seperti landasan dan parkir pesawat kekal beroperasi sepenuhnya susulan kejadian berkenaan.

Katanya, selepas kerja pembersihan, keadaan kembali normal dengan operasi lapangan terbang diteruskan seperti biasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
KLIA baru je kena kejadian yg sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 11:27 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 8-4-2026 11:21 AM
KLIA baru je kena kejadian yg sama kan

KLIA, Parlimen, Axiata Arena semua pernah bocor.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 12:26 PM | Show all posts
tak boleh kalah dengan malaysia kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 01:06 PM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 8-4-2026 01:07 PM




Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 03:22 PM | Show all posts
spore airport je yg intended air mencurah dlm airport
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.323274 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list