CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 75|Reply: 0

[Sarawak] Tekanan dirasai dua bulan lagi

[Copy link]
Post time 8-4-2026 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Tekanan kenaikan harga barangan dijangka dirasai dua bulan lagi susulan peningkatan kos bahan api, logistik dan insurans akibat konflik Asia Barat



Fadillah melawat reruai jualan pada Kongres Jihad Bisnes dan Majlis Rumah Terbuka DPIM semalam. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Rakyat Malaysia dijangka mula merasai tekanan kenaikan harga barangan dalam tempoh dua bulan akan datang susulan peningkatan kos bahan api, logistik dan insurans akibat konflik berterusan di Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, meskipun konflik berkenaan berakhir, proses pemulihan bekalan tenaga global dijangka mengambil masa panjang berikutan kemusnahan terhadap fasiliti penapisan minyak.

Menurutnya, sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk memulihkan bekalan tenaga global pada tahap 50 peratus manakala pemulihan sepenuhnya boleh mencecah sehingga setahun.

"Jadi sebab itu kos petrol, diesel, minyak dan kapal terbang akan naik di mana kita akan dapat merasai kelak, sebab kos logistik dan insurans juga meningkat.

"Kesannya mungkin dapat dirasai dalam dua bulan yang akan datang sebab masa sekarang, stok barangan tempatan kita yang ada dalam negara masih ada.

“Tapi lepas ini, stok-stok baharu akan datang dengan harga yang baharu," katanya ketika berucap pada Kongres Jihad Bisnes dan Majlis Rumah Terbuka Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di Dewan Serba Guna Mutiara, Tinggian Demak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Fadillah berkata kerajaan persekutuan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang bermesyuarat setiap minggu bagi memantau perkembangan global serta merangka langkah mitigasi.

Di bawah majlis itu jelasnya, satu pasukan kerja khas yang diketuai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) Tan Sri Mohd Hassan Marican, turut ditubuhkan bagi memantau perkembangan antarabangsa setiap hari serta menilai implikasi kepada negara.

“Pasukan ini akan menilai pelbagai senario termasuk kesan terhadap ekonomi negara serta langkah yang perlu diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, Malaysia ketika ini berada dalam kedudukan lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN, namun langkah berjimat cermat tetap perlu dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan.

Beliau berkata, di Filipina, lebih 400 stesen minyak dilaporkan telah ditutup sehingga memaksa pelaksanaan pencatuan bahan api manakala Indonesia dan Thailand turut mengambil langkah sama.

Oleh itu katanya, kerajaan turut memperkenalkan langkah penjimatan tenaga bagi memanjangkan tempoh rizab tenaga negara.

“Langkah ini penting bagi memastikan bekalan tenaga dapat bertahan lebih lama, terutama jika konflik berlarutan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan memberi tumpuan untuk memastikan bekalan asas mencukupi termasuk bahan api dan elektrik bagi mengelakkan gangguan kepada aktiviti ekonomi serta kehidupan harian rakyat.

Katanya pelbagai langkah sedang dikaji bagi mengurangkan beban rakyat termasuk membantu komuniti perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar bekalan barangan asas kekal mencukupi dalam negara.

“Perancangan ini bukan untuk menimbulkan kebimbangan sebaliknya sebagai langkah kesiapsiagaan supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.095547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list