CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 84|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak bakal bina 'Lebuk Melanau' dengan kos RM55 juta

[Copy link]
Post time 7-4-2026 01:52 PM | Show all posts |Read mode


Len (lima kiri) bersama tetamu lain merakamkan kenangan pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri tersebut. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal membina 'Lebuk Melanau' atau Rumah Melanau yang dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya RM55 juta sebagai mercu tanda baharu bagi memperkukuh warisan serta perpaduan komuniti di negeri ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, projek yang terletak di Wisma Melanau berhampiran Pusat Maklumat Islam (IIC) itu dijangka memulakan pembinaan tahun ini dan dijadualkan siap menjelang 2027.

Menurut beliau, projek tersebut telah mendapat kelulusan awal daripada Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) dan kini sedang dalam fasa penyediaan dokumentasi sebelum proses tender dilaksanakan.

"'Lebuk Melanau' akan berfungsi sebagai pusat interaksi komuniti serta lokasi bagi pelbagai aktiviti kebudayaan dan sosial yang melibatkan masyarakat Melanau serta kaum-kaum lain.

"Bagaimanapun, bangunan utama Wisma Melanau yang sedia ada akan tetap dikekalkan bagi memelihara nilai sejarah dan legasi kepimpinan terdahulu untuk tatapan generasi muda," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2026 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak di Akademi Kastam Diraja Malaysia Kuching, hari ini.

Mengulas mengenai kos pembangunan, Len menjelaskan kerajaan negeri akan membiayai sebahagian daripada kos tersebut, namun pelaksanaan perlu dipercepatkan bagi mengelakkan implikasi kenaikan kos akibat faktor ekonomi global.

Terdahulu, majlis ramah tamah tersebut berjaya menghimpunkan lebih 500 tetamu daripada pelbagai latar belakang etnik, sekali gus mencerminkan semangat muhibah dan keharmonian rakyat Sarawak yang berterusan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.398897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list