|
View: 1720|Reply: 7
|
Pendirian Iran: Tamat perang, bukan gencatan senjata
[Copy link]
|
|
|
Tehran: Iran mengemukakan cadangan yang menggariskan pendiriannya untuk menamatkan peperangan, dengan menolak gencatan senjata sementara dan sebaliknya menuntut penyelesaian kekal, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita rasmi IRNA.
Iran menyampaikan maklum balasnya terhadap cadangan Amerika Syarikat (AS) melalui Pakistan selepas dua minggu rundingan peringkat tinggi dijalankan.
Maklum balas yang mengandungi 10 perkara itu menolak idea gencatan senjata sementara dan menekankan keperluan kepada penamatan perang secara kekal selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Iran.
Cadangan berkenaan merangkumi tuntutan seperti penghentian permusuhan di rantau itu, satu rangka kerja bagi menjamin laluan selamat melalui Selat Hormuz, pembinaan semula, serta penarikan sekatan.
Cadangan itu dikemukakan susulan perkembangan terbaharu di bahagian barat dan tengah Iran, termasuk laporan mengenai operasi menggunakan helikopter oleh pihak AS.
Di pihak AS, seorang pegawai Rumah Putih berkata, cadangan gencatan senjata selama 45 hari antara AS dan Iran adalah "satu daripada banyak idea" yang sedang dibincangkan pada masa ini.
" residen belum meluluskannya. Operasi 'Epic Fury' masih diteruskan," kata pegawai itu, menurut wartawan Axios, Barak Ravid.
Ravid berkata, Presiden AS Donald Trump dijangka memberikan butiran lanjut semasa sidang media di Washington pada 1700 GMT, Khamis ini.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
diorang dah faham tipu muslihat musuh dah baca 10 langkah kedepan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah kah, konon dh nk menang sekali nk ajak Iran ceasefire.... Tp paling celaka dia plak nk letak syarat suruh Iran patuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus iran. pendirian tetap. jgn layan org giler ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa reject ceasefire.... Continue saja perang... Dengan israel ceasifire boleh buat main.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila lantik si felon yg kawan baiknya genocidal jadi pemimpin, inilah akibatnya 
Ramai pulak tu followers..bukan mata yg buta, tapi hati..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pleasseee, Iran jangan percaya 2 setan itu. Wakil Pakistan itu pun jangan dipercayai. Lagi satu, internal pengkhianat pun mungkin masih ada bergerak, belum dapat tangkap semua. Bukankah kamu belum dapat balas kematian arwah khamenei bulan lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|