CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1680|Reply: 7

Ingkar arahan SPRM, dua anak Tun Daim berdepan tindakan tegas

[Copy link]
Post time 7-4-2026 11:03 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kegagalan dua anak kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

SPRM berkata, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim gagal hadir sebagaimana yang diperintahkan melalui tiga Perintah Menghadiri Pemeriksaan bertarikh 13 Februari, 11 Mac dan hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, wakil peguam yang mewakili mereka menyatakan komitmen dan persetujuan untuk hadir pada hari ini, namun mereka sekali lagi gagal berbuat demikian tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Turut gagal hadir tanpa alasan yang memuaskan ialah Josephine Premla, walaupun diarahkan berbuat demikian oleh SPRM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut SPRM, Asnida Abdul Daim hadir dan memberikan kerjasama kepada SPRM, manakala Md Wira Dani Daim memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadirannya.

"Susulan ketidakpatuhan ini, SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas selanjutnya dengan menggerakkan Notis Merah (Red Notice) melalui INTERPOL dan berkolaborasi dengan Jabatan Imigresen bagi menyekat serta memantau pergerakan keluar masuk dan status pasport individu terbabit.

"enama-penama berkenaan juga akan berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 48(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana ingkar mematuhi Perintah Menghadiri Pemeriksaan di bawah Seksyen 30(1)(a) akta yang sama," katanya.

Sementara itu, SPRM berkata, Asnida akan dituduh mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

"SPRM menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi arahan sah agensi ini tidak akan dilayan dengan toleransi, dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa pengecualian," katanya.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 11:22 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 11:48 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:36 PM | Show all posts
"SPRM menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi arahan sah agensi ini tidak akan dilayan dengan toleransi, dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa pengecualian," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 02:26 PM | Show all posts
duit banyak pun selekeh ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 04:09 PM | Show all posts
Wow tegasnya.........selectively
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2026 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut macam helmet ms88
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 09:04 PM | Show all posts
memang betol kata orang money cannot buy class..

orang2 ni tah haper dorg wat ngan duet berbillion dalam account dorg tu.. pergilah repair mana yang patot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071298 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list