CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] RUMAH BORAK BORNEO~JOM PORET

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2026 03:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2026 03:01 PM | Show all posts
JCI Sibu jayakan program kitar semula
April 17, 2026, Jumaat - 1:40pm



Ahli-ahli JCI Sibu menyertai program Kempen Kitar Semula Kebajikan EvoLove baru-baru ini.

SIBU: JCI Sibu telah menyertai program Kempen Kitar Semula Kebajikan EvoLove bagi memupuk kesedaran alam sekitar serta menyumbang ke arah komuniti yang lebih hijau dan lestari.

Program ini mendapat penyertaan aktif daripada presiden tempatan, ahli-ahli, alumni serta bekas presiden yang bersama-sama mengumpul dan mengasingkan bahan kitar semula sebelum dihantar ke pusat pengumpulan yang ditetapkan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan semangat kerjasama dan inisiatif yang tinggi, saling membantu serta menyumbang secara sukarela.

Suasana yang positif dan harmoni turut mengeratkan hubungan sesama ahli dan mencerminkan nilai teras organisasi.

JCI Sibu akan terus komited dalam menganjurkan aktiviti berkaitan komuniti dan alam sekitar serta menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup lestari.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:01 PM | Show all posts
Acara 'off-road' mampu perkukuh Sibu sebagai destinasi pilihan: Ling
April 17, 2026, Jumaat - 1:45pm



(Depan, dari lima kiri) Ngu dan Ling serta yang lain bersama para peserta Sibu 4x4 Off Road Challenge 2026 Edisi Ke-10, pada Jumaat.

SIBU: Penganjuran acara 'off-road' berskala lebih besar dan berprestij dilihat mampu memperkukuh kedudukan Sibu sebagai destinasi pelancongan pilihan, kata Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling.

Menurutnya, acara yang lebih gah bukan sahaja berpotensi menarik penyertaan lebih ramai peserta dari dalam dan luar negara, malah membuka ruang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan, keunikan budaya serta keramahan penduduk tempatan.

"Sibu menawarkan pelbagai tarikan termasuk makanan tempatan yang istimewa, lokasi bersejarah yang menarik serta layanan mesra masyarakatnya yang terkenal dengan sifat peramah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sibu 4x4 Off Road Challenge 2026 Edisi Ke-10 di Pusat Komersial Pulau Li Hua di sini, pada Jumaat.

Kejohanan selama tiga hari itu menyaksikan penyertaan 21 kenderaan pacuan empat roda melibatkan 42 peserta, dengan perlumbaan berlangsung di Batu 10, Lebuhraya Pan Borneo.

Acara anjuran Kelab Pemilik 4x4 Sibu itu mempertandingkan dua kategori utama iaitu ‘hardcore’ dan ‘super novice’.

Kategori ‘hardcore’ yang merangkumi 11 laluan mencabar menawarkan hadiah wang tunai masing-masing RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 kepada tiga pemenang teratas.

Sementara itu, kategori ‘super novice’ yang melibatkan lapan laluan menyediakan hadiah wang tunai masing-masing RM1,200, RM900 dan RM600 kepada tiga pemenang teratas.

Penyertaan kali ini turut disertai pasukan dari luar Sarawak termasuk dua pasukan dari Brunei, selain wakil dari Sabah, Saratok, Serian dan Sibu, dengan penyertaan terbesar dari Kuching.

Mengulas lanjut Ling berkata, acara 'off-road' yang telah dianjurkan secara konsisten selama sedekad itu kini semakin dikenali dan diyakini mampu menjadi platform memperkenalkan Sibu kepada khalayak lebih luas.

"Sarawak bukan hanya tertumpu kepada Kuching, Bintulu atau Miri semata-mata.

"Sibu juga mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri yang wajar diketengahkan," ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan Rumah Malaysia di Jalan Lanang yang mempunyai nilai sejarah signifikan sebagai lokasi pemeteraian Perjanjian Malaysia 1963, selain kaitannya dengan tokoh tempatan Rosli Dhoby.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha menghimpunkan peminat 4x4 dari seluruh Sarawak dalam satu acara yang kompetitif dan berimpak tinggi.

"Acara seperti ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para peserta.

"Diharapkan penganjuran akan datang dapat diperluaskan lagi bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung serta peserta," katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi Kelab Pemilik 4x4 Sibu Ngu Kieh Hoh.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:02 PM | Show all posts
Inisiatif sangkar buaya mampu tingkat keselamatan penduduk Kuala Baram
April 17, 2026, Jumaat - 1:47pm



Japanie (tengah) merakamkan kenangan bersama yang lain selepas penyerahan dua unit sangkar buaya di Kuala Baram, Miri hari ini.

KUCHING: Usaha memperkukuhkan keselamatan komuniti di kawasan pesisir diteruskan menerusi penyerahan dua unit sangkar buaya di Kuala Baram, Miri hari ini.

Menurut satu kenyataan, inisiatif hasil kerjasama RPSB dan Miri Port Authority itu merupakan langkah proaktif dalam menguruskan konflik antara manusia dan hidupan liar, khususnya ancaman buaya di kawasan berkenaan.

Teks ucapan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC) Abang Arabi Abang Aimran telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) SFC Japanie Bujang.

“Penyediaan sangkar ini bukan sekadar aset, tetapi memberi ketenangan kepada penduduk dan nelayan yang berdepan risiko kehadiran buaya setiap hari,” katanya.

Selain itu, inisiatif tersebut turut mencerminkan keprihatinan pihak industri terhadap aspek keselamatan pekerja di tapak projek agar dapat menjalankan tugas tanpa rasa bimbang.

Sementara itu, kerjasama berkenaan menjadi contoh bagaimana pembangunan ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan secara seiring.

SFC menegaskan komitmennya sebagai rakan strategik dalam memastikan keselamatan komuniti dan kelestarian hidupan liar terus terpelihara melalui pendekatan berasaskan sains.

Usaha berkenaan diharap menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak industri di Sarawak untuk terus memainkan peranan dalam menjaga kebajikan masyarakat serta alam sekitar.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:04 PM | Show all posts
Tiga lelaki disyaki curi kabel Telekom Malaysia diberkas polis
April 17, 2026, Jumaat - 2:54pm



Beberapa barang dirampas untuk dijadikan barang kes dalam siasatan polis.

MIRI: Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia di kawasan terowong berhampiran Tamu Muhibbah di sini diberkas polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 47 tahun itu ditahan pada jam 12.18 tengah malam hasil serbuan yang dijalankan oleh anggota Polis Bantuan bersama Unit Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Miri.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan selepas pihak Telekom Malaysia mengesan gangguan talian di kawasan berkenaan sebelum mengarahkan anggota Polis Bantuan menjalankan rondaan di lokasi kejadian.

“Hasil rondaan serta maklumat awal yang diterima membawa kepada serbuan di lokasi terowong berkenaan sebelum tiga suspek tempatan berjaya ditahan.

“Dalam serbuan sama, beberapa barang termasuk satu unit kunci rantai, lampu suluh, gergaji besi, satu gulung wayar tembaga, dua potongan kabel serat serta dua potongan kulit kabel telah dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farhan, kesemua suspek kini direman di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Kesalahan ini, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan polis memandang serius kes-kes kecurian harta awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mencuri, merosakkan atau membeli harta awam kerana ia menjejaskan kemudahan asas orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Paeng Lasa di talian 014-5750622 atau 085-435081 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:04 PM | Show all posts
Sbh - Helikopter Airbus H130 terhempas di Sekadau, lapan terkorban

Swk - Tiga lelaki disyaki curi kabel Telekom Malaysia diberkas polis


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2026 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:08 PM | Show all posts
Bekas pemandu bas ekspess dan kekasih dipenjara, denda RM5,000 pandu bahaya
April 17, 2026, Jumaat - 2:38pm

JASIN: Bekas pemandu bas ekspres dan kekasihnya yang video mereka tular kerana aksi meriba ketika memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Ahad lepas, dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Arif Fahmi Abd Salam, 36, manakala Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dipenjara enam bulan, selain masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama-sama didakwa memandu bas nombor pendaftaran APE 9588 dengan cara berbahaya kepada orang awam di susur kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, PLUS pada 7.30 malam, 12 April lepas mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000, serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun daripada tarikh sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abd Rahman Sidik memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh kerana tindakan mereka membahayakan nyawa 27 penumpang yang berada dalam bas berkenaan, selain lesen memandu Arif Fahmi telah tamat tempoh pada 1 April lepas ketika kejadian tersebut berlaku.

Pasangan itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan perbuatan itu merupakan kesalahan pertama dilakukan mereka.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-duanya bermula dari tarikh sabitan.

Sementara itu, di mahkamah sama Nur Adila Najwa turut didenda RM100 selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina terhadap seorang wanita pada 6 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1935 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Yusri.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2026 03:10 PM | Show all posts
HDC sasar bina 2,500 unit kediaman mampu milik menjelang 2030



Dr. Sim menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri HDC dan Mutiara 2026 anjuran KKSR di Wisma Sultan Tengah HDC di sini hari ini.

KUCHING: Peranan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebagai pemacu utama agenda kesejahteraan rakyat terus diperkukuh melalui usaha berterusan dalam menyediakan kediaman berkualiti serta mampu milik di seluruh Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, komitmen tersebut meliputi pelbagai aspek bagi memastikan akses kepada kediaman selesa terus diperkasa demi manfaat masyarakat secara menyeluruh.



Dr. Sim bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan simbolik perasmian dengan memotong kek sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri HDC dan Mutiara 2026 anjuran KKSR di Wisma Sultan Tengah HDC di sini hari ini.
“Sehingga kini HDC telah berjaya menyiapkan 14 projek melibatkan 924 unit kediaman manakala menjelang 2030 sasaran ditingkatkan kepada 27 projek dengan anggaran 2,500 unit bakal dibangunkan” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri HDC dan Mutiara 2026 anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) di Wisma Sultan Tengah HDC di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa penganjuran majlis tersebut bukan sekadar meraikan Aidilfitri malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja dan rakan strategik.

Sementara itu, Pengerusi HDC Abdul Yakub Arbi turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen tinggi warga kerja dalam menyokong aspirasi organisasi berkenaan.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan hidangan pelbagai juadah Aidilfitri yang mencerminkan kepelbagaian budaya sekali gus mengeratkan interaksi dalam suasana santai dan penuh muhibah.

Sebagai acara kemuncak, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis serta menghargai kehadiran para tetamu.

Penganjuran majlis seumpama itu diharap terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh hubungan dalaman organisasi seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:11 PM | Show all posts
Peningkatan Kadar Pemberian SKAS Cerminkan Keupayaan Kewangan Sarawak



Penganalisis Politik Profesor Dr Novel Lyndon.

KUCHING: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 disifatkan sebagai satu alat komunikasi dasar, yang mencerminkan kestabilan kedaulatan fiskal Sarawak serta kepimpinan yang berfokus kepada kesejahteraan rakyatnya.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Novel Lyndon berkata, bantuan tersebut bukan sekadar agihan wang semata-mata.

“Kenaikan antara 18 hingga 25 peratus ini dilihat signifikan, berbanding kadar inflasi tahunan, memberikan isyarat kuat bahawa kerajaan mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh untuk menyokong rakyatnya.

“Walaupun bantuan ini bersifat pelengkap, ia memberikan ruang bernafas kepada golongan B40 khususnya dan M40,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa bantuan tunai bersasar seperti SKAS juga memberikan impak psikologi yang segera.

Apabila kadar bantuan dinaikkan, rakyat merasakan kerajaan mendengar dan memahami beban yang ditanggung golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan cabaran utama bagi kerajaan adalah untuk memastikan kenaikan bantuan ini tidak ditelan oleh kenaikan harga barangan di pasaran.

“Kawalan harga dan penguatkuasaan di peringkat tempatan perlu berjalan seiring dengan penyaluran SKAS untuk memastikan keyakinan rakyat kekal tinggi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, peningkatan nilai bantuan SKAS mencerminkan peralihan dan pengukuhan dalam model pembangunan inklusif yang diamalkan oleh Kerajaan Sarawak dari segi tadbir urus termasuk peralihan kepada dasar perlindungan sosial yang dinamik.

Seterusnya, mengukuhkan ekonomi digital dan ketelusan terserlah melalui penggunaan platform SPay Global bagi penyaluran SKAS.

“Peningkatan SKAS membuktikan komitmen kerajaan dengan kesejahteraan rakyat sejagat, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan keterangkuman sosial,” jelasnya.

Tambahnya, pelaksanaan program tahunan dengan fasa pembayaran tetap pada Mac, Mei dan November membolehkan rakyat merancang perbelanjaan secara lebih teratur, sekali gus meningkatkan keyakinan kestabilan ekonomi negeri.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2026 03:12 PM | Show all posts
Sim Kiang Chiok Puji Pakej Bantuan Khas RM876.2 juta Sarawak



Datuk Sim Kiang Chiok.

KUCHING: Pakej Bantuan Khas berjumlah RM876.2 juta yang diumumkan kerajaan Sarawak merupakan langkah tepat untuk ringankan beban rakyat ketika berada dalam ketidaktentuan geopolitik.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Datuk Sim Kiang Chiok, berkata langkah seperti peningkatan pembayaran SKAS, diskaun elektrik 25 peratus serta pengurangan sewa 50 peratus kepada peniaga kecil mencerminkan pendekatan prihatin dan bersasar dalam membantu rakyat.

“Pakej ini menyediakan penampan penting kepada isi rumah dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, sekali gus membantu mengekalkan keyakinan pasaran secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan konflik di Iran kini mula memberi kesan ketara kepada kos pembangunan, khususnya melalui kenaikan harga minyak global.

“Lonjakan harga minyak meningkatkan kos diesel dan premix, sekali gus memberi tekanan kepada kos pembuatan dan logistik bahan binaan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Namun, beliau menambah bahawa kestabilan tarif elektrik industri di bawah kawalan kerajaan negeri membantu mengurangkan kesan ketidaktentuan harga tenaga global ke atas pengeluaran tempatan.

Mengulas permintaan perumahan, Sim berkata bantuan kerajaan penting bagi mengelakkan kemerosotan pendapatan isi rumah, namun pasaran dijangka berdepan situasi bercampur dalam tempoh terdekat.

“Sebahagian pembeli mungkin mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sementara menilai kesan konflik ke atas inflasi domestik serta hala tuju kadar faedah,” ujarnya.

Menurut beliau, kebimbangan utama industri ketika ini ialah isu kemampuan memiliki rumah sekiranya tekanan luaran berpanjangan.

“Risiko terbesar ialah kemerosotan pendapatan akibat kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, digabungkan dengan kenaikan harga barangan. Ini akan terus menjejaskan kuasa beli rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pendekatan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memantau peningkatan kos pembinaan secara teliti sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2026 11:53 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-4-2026 10:09 AM
@tari @Tashu @seribulan @telracs @sfhzuraz @amiraira @yangsemb @nafizzz @TTun_Teja @Tinot7 @semangka ...

assalamualaikum.
tq tag.
baru pasan ada tag kt sini.
baru tekan noti.
sorry.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2026 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2026 10:13 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 17-4-2026 11:53 PM
assalamualaikum.
tq tag.
baru pasan ada tag kt sini.

wsalam zura..

welcome
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2026 10:28 AM | Show all posts
Inisiatif peralihan tenaga bantu Sabah tangani cabaran krisis tenaga
April 17, 2026, Jumaat - 9:53pm



BINCANG: Hajiji semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

KOTA KINABALU: Inisiatif peralihan tenaga kerajaan negeri dapat membantu Sabah menangani cabaran keselamatan bekalan tenaga serta tekanan kenaikan harga minyak global berikutan konflik di Asia Barat ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif peralihan tenaga oleh Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan mula dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu amat bersesuaian serta tepat pada masanya untuk membantu Sabah berdepan dengan cabaran akibat konflik di Asia Barat.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tenaga Sabah (MTS) yang pertama untuk tahun ini di Menara Kinabalu pada Jumaat.

Hajiji yang juga Pengerusi MTS menekankan bahawa Kerajaan negeri komited untuk terus memperkukuhkan keselamatan tenaga Sabah melalui strategi pembangunan tenaga yang seimbang dan berdaya tahan

“Ini termasuk memanfaatkan sumber gas asli negeri, pembangunan tenaga hidro, penggunaan teknologi Battery Energy Storage System (BESS), serta penerokaan projek Pumped Storage Hydro sebagai penyimpanan tenaga berskala besar bagi meningkatkan fleksibiliti dan kestabilan sistem grid Sabah.

“Di bawah inisiatif peralihan tenaga Sabah kini sedang beralih ke arah peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) dan gas asli sebagai alternatif kepada diesel dan Marine Fuel Oil (MFO),” katanya.

Hajiji berkata pembangunan sektor tenaga ini juga merupakan asas penting dalam menarik pelaburan serta memacu pembangunan sektor perindustrian di Sabah.

“Bekalan tenaga yang stabil, mampan dan berdaya saing akan terus menyokong pertumbuhan kawasan perindustrian strategik sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 2025, Sabah telah mencatat beberapa pencapaian penting dalam memperkukuhkan sistem bekalan elektrik negeri.

Antaranya ialah penyiapan projek BESS berkapasiti 100 MegaWatt / 400 MegaWatt jam pada Ogos 2025, yang merupakan sistem penyimpanan tenaga bateri terbesar di Asia Tenggara, dan pengoperasian sambungan grid Sabah–Sarawak pada bulan Disember 2025 yang membolehkan import tenaga sebanyak 50MW.

"Dalam masa yang sama, prestasi kebolehpercayaan bekalan elektrik turut menunjukkan peningkatan dengan penambahbaikan prestasi SAIDI (System Average Interruption Duration Index) daripada 416 minit pada tahun 2024 kepada 338 minit pada tahun 2025.

“Pencapaian SAIDI yang memberangsangkan ini adalah hasil usaha berterusan semua pihak termasuk pengawal selia, utiliti, pengendali sistem serta pihak berkepentingan lain dalam menambahbaik operasi dan perancangan sistem bekalan elektrik negeri Sabah,” katanya.

Katanya, kejadian menara talian penghantaran 275kV Kolopis – Segaliud yang tumbang akibat bencana alam pada September tahun lalu pula telah menunjukkan kepentingan untuk memperkukuhkan daya tahan grid melalui pembangunan penjanaan yang mampan di Pantai Timur serta pelaksanaan pautan grid bahagian Selatan (Southern Link) bagi meningkatkan tahap keboleharapan sistem grid Sabah.

MTS, dalam mesyuarat hari ini, antara lain telah meluluskan langkah-langkah intervensi di bawah inisiatif Jawatankuasa Elektrifikasi Luar Bandar Sabah (JELaS) bagi mempercepat pencapaian sasaran 100 peratus liputan bekalan elektrik luar bandar, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 (SERAMP 2040).

“Keputusan-keputusan ini selaras dengan strategi Kerajaan Negeri untuk memperkukuh daya tahan sistem tenaga melalui campuran tenaga yang seimbang merangkumi tenaga boleh baharu, gas asli dan teknologi penyimpanan tenaga.

“Di samping itu juga ia turut memperkukuh infrastruktur grid termasuk pembangunan Southern Link bagi meningkatkan tahap keboleharapan sistem khususnya di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Hajiji juga mengumumkan pelantikan ahli-ahli baharu Majlis ini, iaitu Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation Datuk Adzmir Abd Rahman.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2026 10:29 AM | Show all posts
ISWAMI seru media perkukuh naratif harmoni, elak cetus salah faham
April 17, 2026, Jumaat - 10:09pm



AHMAD ZAINI

KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI) menggesa semua organisasi media di kedua-dua negara agar memperkukuh naratif harmoni dalam pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah–Kalimantan Utara (KALTARA), serta mengelakkan kandungan yang boleh mencetuskan salah faham.

Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, dan  Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan, menegaskan bahawa pelaporan media perlu mengutamakan sumber rasmi kedua-dua negara, di samping mengamalkan pendekatan yang berimbang, berhemah dan berteraskan konteks dalam setiap liputan.

Mereka turut menjelaskan bahawa rundingan berkaitan penandaan dan pengukuran di kawasan 'Outstanding Boundary Problem (OBP)' tidak berasaskan prinsip timbal balik, pampasan atau pertimbangan untung rugi.

"Media perlu berperanan sebagai jambatan persefahaman yang mengukuhkan hubungan dua hala, bukan menjadi pencetus salah faham. Laporan yang tidak tepat, tidak seimbang atau bersifat spekulatif hanya akan menjejaskan hubungan baik yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia,” menurut Zaini dan Asro.

ISWAMI menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan kedua-dua negara terus mengutamakan pendekatan diplomasi berteraskan semangat muhibah, hormat dan setiakawan dalam menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu, ISWAMI turut menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia menyediakan taklimat khas kepada pengamal media bagi memastikan fakta yang jelas, tepat dan selaras dapat disampaikan kepada rakyat, sekali gus mengelakkan kekeliruan serta spekulasi tidak
berasas.

ISWAMI menegaskan bahawa peranan media amat penting dalam memastikan isu sensitif seperti sempadan negara dilaporkan secara bertanggungjawab, dengan mengutamakan sumber sahih serta pelaporan yang berimbang, demi kepentingan bersama dan kestabilan serantau.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.211587 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list