CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1675|Reply: 12

[Tempatan] Open house tetap ON. Puasa sebulan raya pun kena sebulan

[Copy link]
Post time 6-4-2026 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by adm7 at 6-4-2026 09:49 AM

Tak cukup duit boleh maki kerajaan potong subsidi dan tak kawal kenaikan harga barang,mintak bantuan, mintak keluar KWSP


PETALING JAYA – Di sebalik nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saranan berjimat cermat susulan konflik di Asia Barat, acara rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada masa ini masih lagi meriah.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, jalan raya termasuk di lebuh raya utama juga sesak pada hari cuti Sabtu dan Ahad berikutan orang ramai keluar menghadiri jemputan rumah terbuka sanak saudara, rakan dan kenalan masing-masing.

ADVERTISING

Seorang pengguna TikTok Zulkifli Nafi berkongsi pandangannya berhubung acara rumah terbuka yang meriah pada masa ini biarpun terdapat saranan kepada semua pihak untuk berjimat cermat.

“Rakyat Malaysia di kala PMX pesan suruh jimat cermat, open house (rumah terbuka) onz (berjalan), highway (lebuh raya) sesak macam tak ada apa berlaku,” katanya pada kapsyen video.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai berhubung situasi dihadapi pada masa ini.

“Kedai makan yang high class (kelas atas) penuh, tempat letak kereta pusat beli-belah tak pernah sunyi. Payah nak cari parkir,” kata pengguna TikTok Zlien.

“Ramai orang nak buat kenduri kahwin, kenduri akikah anak. Semoga dipermudah urusan,” komen pengguna TikTok Norjaiedah.

“Ekonomi perlu berjalan. Kalau tak berbelanja, ekonomi akan tepu. Kalau ekonomi tepu habis wei,” komen Tuan Din.

“Minyak mahal, rakyat Malaysia masih open house sana sini,” kata Rozeyneo.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua pihak agar menguruskan perbelanjaan dengan berhemat susulan konflik di antara Iran dan Amerika Syarikat-Israel yang masih berlarutan.

Perdana Menteri dipetik berkata, beliau memahami keselesaan dinikmati Malaysia ketika ini, namun kerajaan bertanggungjawab untuk mengingatkan bahawa keadaan boleh berubah dalam situasi antarabangsa yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2026 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ada duit biaq pi la depa nk buat open house...insyaAllah depa niat nk bersedekah dan kongsi rezeki....jamu kwn2, sedara mara..
Yg kurg berduit takdenya dorg nk buat open house...depa pn sedar diri...krjn jgn risau
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 6-4-2026 10:06 AM
Yg ada duit biaq pi la depa nk buat open house...insyaAllah depa niat nk bersedekah dan kongsi rezek ...

Yg kurang berduit hari2 makan free
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 6-4-2026 10:13 AM
Yg kurang berduit hari2 makan free

Alhamdulillah...rezeki depa
Yg berduit plak dpt pahala sbb berkongsi rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:18 AM | Show all posts
Maaf la, Raya hanya setengah minggu aje.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:19 AM | Show all posts
iols tak kisah org berduit nak belanja sesuka ati...cuma part pertrol la kalau stesen petrol dah kering nanti, yg berduit pun takleh ke mana2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2026 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 6-4-2026 10:19 AM
iols tak kisah org berduit nak belanja sesuka ati...cuma part pertrol la kalau stesen petrol dah ker ...

Org berduit dah lama  pakai keta semi-ev / ev & pasang solar kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:31 AM | Show all posts
ragazza replied at 6-4-2026 10:22 AM
Org berduit dah lama  pakai keta semi-ev / ev & pasang solar kat rumah

aah betul juga ye...tp masalahnya tetamu adalah org tak berduit, so nk kena drive ke rumah org berduit haha...tu yg jalan jem berdengung mcm tahun2 lps. so fuel consumption masih sama. last2 org berduit makin kaya, org tak berduit makin kayap kohkoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2026 11:49 AM | Show all posts
logiknya begitu la, org ada duit je buat open house...tp jgn lupa even yg masak2 biasa tiada khemah ni pon kurang2, sekali 2 family datang berabes 200-300 jugak tao...kalau ada duit lebih okla guna ayat setahun sekali, ini hari biasa pon dok memnjam kadang2 tp tetap jugak nk masak2 time org dtg...org mcm ni la patut dinasihatkan..nk bersedekah boleh tp kalau mampu, duit dalam bank pon ada xsampai rm1000 xpayahla buat makan2 beria...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 6-4-2026 03:44 PM

Konsepnya melayu suka makan2 kenduri2 santai2 melepak ramai2 x boleh ubah pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bio lah sementara deme berduit
kalau minyak abis nanti deme merentan la kat kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pergi pun ada jamuan hari raya hari sabtu lepas kat dewan
malas nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols rasa orang kita ni jenis enjoy je tak kira waktu, selagi mampu nak buat makan2 selagi tu la buat je, tak kira la perang ka apa ka, haa kecuali perang terjadi dalam negara kita kot baru nak senyap tak berkutik. Baru semalam meols pi open house umah kawan meols jamu makan macam2 jenuh meols nak makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.345371 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list