CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1767|Reply: 13

[Tempatan] Kampung haram dalam hutan di Setia Alam terbongkar

[Copy link]
Post time 6-4-2026 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-4-2026 05:17 PM



Kampung haram dalam hutan di Setia Alam terbongkar





SHAH ALAM: Seramai 214 pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan 'bersarang' di tiga perkampungan haram yang berselindung di tengah ladang kelapa sawit di sebalik kawasan berbukit di Setia Alam, di sini.

Helah itu terbongkar apabila sepasukan pegawai Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi lain menggempur perkampungan haram itu menerusi Ops Bersepadu Mega tengah malam tadi.

Wartawan yang mengikuti operasi mendapati pasukan serbuan terpaksa mendaki kawasan berbukit-bukau sejauh kira-kira 400 meter sebelum sampai ke perkampungan haram itu.

Dalam usaha menangkap PATI terbabit, pasukan serbuan bukan sahaja perlu berdepan dengan kawasan persekitaran yang berbukit dan gelap malah berhadapan risiko haiwan berbisa.

Tinjauan di lokasi mendapati koloni warga asing itu walaupun terpencil, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk surau, kedai runcit malah barangan bersubsidi seperti tong gas dan diesel malah mempunyai bekalan elektrik serta air.

Turut kelihatan beberapa sangkar ayam yang difahamkan kemungkinan berlaku aktiviti sabung ayam selain laluan tikus turut dikesan di sekitar kawasan itu dipercayai digunakan untuk melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, ketiga-tiga penempatan itu dipercayai sudah wujud sejak lima ke sembilan tahun.

Katanya, secara keseluruhan pihaknya memeriksa 356 warga asing dalam operasi bersepadu itu dan menahan 214 disyaki PATI.
"Hasilnya, 214 disyaki PATI ditahan membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.

"Semakan awal tangkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.

Menurutnya, rata-rata warga asing terbabit bekerja sebagai buruh serta pekerja pembersihan sekitar kawasan itu dan tidak menolak kemungkinan kampung haram itu memiliki 'penjaga' berperanan sebagai ketua yang memungut sewa bulanan.

Katanya operasi itu dijalankan dengan bantuan Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2026 09:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 09:20 AM | Show all posts
kesian kat hutan2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada sesiapa nampak kat ladang sawit sebelah Sport Complex Austin di JB, ada juga perkampungan warga asing yg diragui status halal haramnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 10:48 AM | Show all posts
Tinjauan di lokasi mendapati koloni warga asing itu walaupun terpencil, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk surau, kedai runcit malah barangan bersubsidi seperti tong gas dan diesel malah mempunyai bekalan elektrik serta air.

Horey horey worey.
Pati putra dapat makan subsidi. Yeaaayyyeee!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 11:55 AM | Show all posts
pernah g hiking kat area sana (bukan tempat dalam berita ni)
sebelum kawasan tu kena tarah untuk buat perumahan baru
memang ada terjumpa pondok yang lengkap macam orang tinggal.
baju, barang-barang semua lengkap
memang jauh ke dalam hutan
asbab kami tersasar dari laluan biasa, terjumpa pulak penempatan haram
pergi lagi sekali dah tinggal pondok je. huhu.

elok la tertangkap
masuk haram, hidup pon secara haram


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2026 11:55 AM | Show all posts
mesti ade org kite yg bw masuk dlm tu supply.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari 356 tu, 142 pemilik IC warganegara ke?
So derang ninla yg dpt beli barangan bersubsidi tu dan bukak kedai kat dlm tu?

Kalau betul, lucutkan  la taraf warganegara tu. pengkhianat betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2026 12:27 PM | Show all posts
Herlina replied at 6-4-2026 12:11 PM
Dari 356 tu, 142 pemilik IC warganegara ke?
So derang ninla yg dpt beli barangan bersubsidi tu dan b ...

warga asing tapi ada passport + visa permit sah..
PATI tu warga asing kosong takde document or passport/visa mati..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
marbeles.... beranak pinak sampai piut
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg den unit penguatkuasa..dia cerita..pati2 ni bila ada serbuan..diorg sorok tong gas dulu..pastu baru lari..nt bila dh abis operasi, yg berjaya lari, akn kembali semula..dan klu ada tong gas, blh memasak makan2 dan hidup spt sediakala..gitula kitarannya smp abg jamil mampus...susah betul nk melupusksn pati2 ni semua..ada pula yg menolong..mmm menyakitkan ati..klu kita yg ke negara mereka, agaknya belum jd pati dah kojol..mmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2026 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari siapa dalang kewujudan kg ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Camno le boleh lengkap ada supply api air tu... Aa pun syabas ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.310487 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list