CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 87|Reply: 0

[Sabah] Ops Taring: PGA catat 21 kejayaan dengan nilai rampasan RM9.49 juta dari 16-31 Mac

[Copy link]
Post time 5-4-2026 09:11 PM | Show all posts |Read mode


SAC Lim Bak Phai

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatatkan 21 kejayaan menerusi beberapa operasi khas dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM9.49 juta sepanjang tempoh 16 hingga 31 Mac lalu.

Komandernya SAC Lim Bak Phai berkata, kejayaan itu dicapai menerusi Ops Taring Alpha, Ops Taring Bravo, Ops Taring Chiller serta Ops Taring Batas/Awas yang dilaksanakan di seluruh negeri.

Menurutnya, antara kejayaan utama adalah menumpaskan satu aktiviti penyeludupan dadah berskala besar melibatkan rampasan 28 kilogram ketulan kristal disyaki Methamphetamine serta 1,250 gram kartrij vape mengandungi cecair dadah jenis ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.58 juta.

“Dalam kes tersebut, dua lelaki warga asing telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kejayaan ini menunjukkan komitmen berterusan PGA dalam membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan terus dilaksanakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan serta penyelewengan barang kawalan tanpa sebarang kompromi.

Tambahnya, operasi turut menumpukan kepada kes penyeludupan dan penyelewengan barangan tidak bercukai termasuk diesel bersubsidi, gula kasar, minyak masak, produk sejuk beku, minuman keras dan rokok tanpa permit sah.

Katanya, aktiviti tersebut dikesan dijalankan melalui penggunaan premis, stor simpanan serta kenderaan bagi tujuan pengangkutan dan pengedaran.

“Sepanjang operasi, beberapa individu warga tempatan dan warga asing turut ditahan dan semua tangkapan serta rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2026, PGA Briged Sarawak merekodkan sebanyak 182 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM117.47 juta serta 168 tangkapan melibatkan 127 warga tempatan dan 41 warga asing.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:56 PM GMT+8 , Processed in 1.157189 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list