CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki warga asing ditahan bersama dadah bernilai lebih RM1.5 juta di Telok Melano

[Copy link]
Post time 5-4-2026 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-4-2026 08:24 PM



Dadah yang dirampas daripada suspek. - Gambar IPD Lundu

LUNDU: Dua lelaki warga asing ditahan bersama dadah dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta dalam satu serbuan di Jalan Kilometer 23, Teluk Melano di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lundu Superintenden Sudirman Kram berkata, serbuan sekitar jam 9.50 pagi itu dijalankan hasil risikan oleh Batalion 11, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu.

Menurut beliau, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 25 dan 36 tahun, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut, pasukan serbuan berjaya menemukan dan merampas 500 paket plastik yang mengandungi kartrij vape disyaki cecair ganja, dengan anggaran berat 1,250 gram,” katanya.

“Turut dirampas 25 bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki methamphetamine seberat 25 kilogram serta tiga lagi bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan sama seberat tiga kilogram,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM1,575,000.

Katanya, siasatan awal mendapati dadah tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 8 April bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket berkenaan.

“Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menyalurkannya melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list