|
|

TIONG
BINTULU: Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah menjana pendapatan negara sebanyak RM3.875 bilion pada tahun lepas (2025) yang mana merupakan satu perkembangan yang baik dan memberangsangkan, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.
Jelasnya, bagi tujuan sama, sebanyak 3, 172 permohonan MM2H telah diluluskan sekaligus menjadi tanda positif kepada pertumbuhan ekonomi negara dari masa ke masa.
"Kerajaan melalui MOTAC bersama-sama Tourism Malaysia secara aktif telah mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta program MM2H di pasaran utama di seluruh dunia sepanjang 2025, sekali gus meningkatkan usaha pemasaran dan publisiti dengan ketara," jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.
Sepanjang tahun lepas katanya, MOTAC telah menggiatkan lagi usaha mempromosikan VM2026 dan MM2H secara konsisten.
Keterlihatan yang mampan ini jelas Tiong, diterjemahkan kepada ketibaan lebih tinggi pelancong dari pelbagai wilayah dengan menjana nilai keuntungan sekitar RM3.875 bilion melalui program serupa.
Beliau mendedahkan, sejak setahun lalu beliau secara peribadi telah mengambil peranan dalam mempromosikan Malaysia di luar negara dengan mengadakan lawatan ke luar negara bagi beberapa acara penting yang boleh merancakkan lagi ekonomi pelancongan negara.
"Semasa mengetuai delegasi Malaysia ke pameran pelancongan antarabangsa, saya telah merasmikan acara pelancaran MM2H dan menyokong program pengenalan dan pengalaman Visit Malaysia serta mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri utama," ujarnya
Secara keseluruhannya jelas Tiong, beliau telah melawat 19 bandar di 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, China dan Australia bagi mempromosikan Malaysia ke mata dunia.
Beliau turut menzahirkan rasa yakin serta terdorong bagi menjalankan strategi sebegini bagi membolehkan sektor pelancongan diperbaiki mengikut trend semasa sektor pelancongan global pada masa sekarang.
Beliau sebagai menambah bahawa kebanyakan pasaran pelancong negara telah menunjukkan pertumbuhan ketara dan sebagai contohnya ialah kehadiran jumlah pelawat dari Australia meningkat sebanyak 11 peratus kepada hampir 497,000, manakala ketibaan pelancong dari Switzerland dan Poland masing-masing meningkat sebanyak 15.3 peratus dan 32.6 peratus sejak tahun lalu.
Secara keseluruhannya, perhomohonan MM2H yang diluluskan pada tahun 2025 melibatkan 46 permohonan di bawah kategori Platinum, 154 di bawah kategori Emas, 2,650 di bawah kategori Perak manakala 322 lagi di bawah kategori Zon Ekonomi Khas/Kewangan Khas.
Sumber : Utusan Borneo
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|