CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

[Sabah] Sambutan Ulang Tahun Rasmi TYT Sabah ke-75 berlangsung penuh istiadat

[Copy link]
Post time 30-3-2026 11:11 AM | Show all posts |Read mode


ISTIADAT: Tun Musa bersama Toh Puan bersama Hajiji pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 TYT Sabah di Padang Merdeka, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini, pagi tadi.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, tiba pada jam 7.55 pagi sebelum menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama sebaik naik ke pentas utama.

Istiadat penuh adat dan tradisi itu mencapai kemuncak dengan keberangkatan tiba TYT, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Haji Tussin pada jam 8 pagi.

Sebaik tiba, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda penghormatan, sebelum TYT menerima tabik hormat diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.



PENYEMPURNAAN: Tun Musa dan Toh Puan diiringi Hajiji dan isteri menyempurnakan upacara memotong pulut kuning pada majlis Istiadat Perbarisan berkenaan.

TYT kemudiannya berkenan memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah.

Istiadat turut diserikan dengan persembahan koir serta persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sempena sambutan ulang tahun rasmi berkenaan.

Turut hadir memeriahkan istiadat itu ialah barisan dif kenamaan termasuk anggota Kabinet Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta ketua jabatan.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 04:19 PM GMT+8 , Processed in 1.461532 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list