CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

[Sarawak] Pengguna jalan raya dinasihat lebih berhati-hati guna pusingan ‘P’ di Pan Borneo

[Copy link]
Post time 19-3-2026 10:10 AM | Show all posts |Read mode


Saifullizan semasa bercakap pada sidang media semasa pelancaran Ops Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri di Farley, Kota Samarahan hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KOTA SAMARAHAN: Pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menghampiri atau menggunakan pusingan 'P' di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata, lokasi tersebut dikategorikan sebagai ‘kawasan panas’ berikutan kekerapan kemalangan yang dilaporkan.

“Pemandu perlu memperlahankan kenderaan, memastikan laluan selamat serta sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sebelum membuat pusingan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa pelancaran Ops Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri di Pasaraya Farley di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili dan Pengarah Farley Kuching Eiyen Lau.



Saifullizan memakaikan topi keledar baharu dan lebih selamat kepada penunggang motosikal. Turut kelihatan, Eiyen (kanan). - Gambar Roystein Emmor

Saifullizan berkata, pihak polis akan meningkatkan penguatkuasaan sepanjang Ops Selamat termasuk menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi strategik, khususnya di kawasan pusingan 'P' berisiko tinggi.

Sementara itu, Ops Selamat 26 yang berlangsung dari 19 hingga 24 Mac ini melibatkan seramai 750 pegawai dan anggota di seluruh Sarawak.

Operasi tersebut bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas serta meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Dalam perkembangan sama, kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Statistik menunjukkan kemalangan jalan raya semasa Aidilfitri 2025 menurun kepada 332 kes berbanding 354 kes pada 2024, manakala kes maut turut menurun kepada lima kes berbanding tujuh kes sebelumnya.

Kuching kekal sebagai daerah mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi diikuti Miri dan Padawan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhemah, mematuhi had laju, tidak memandu dalam keadaan letih atau di bawah pengaruh alkohol serta mengelak pemanduan berbahaya seperti mengekori kenderaan terlalu rapat dan memotong secara berisiko.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan lalu lintas. Utamakan keselamatan diri dan keluarga,” kata Saifullizan.

Selain itu katanya, rondaan juga dipertingkat bagi mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan, khususnya melibatkan kediaman yang ditinggalkan.

Orang ramai turut digalakkan memaklumkan kepada pihak polis sebelum pulang bercuti sama ada melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), menghubungi balai polis berhampiran atau mengisi borang dalam talian PDRM.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057492 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list