CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 129|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari terima watikah pelatikan semula sebagai Pro Canselor UNIMAS

[Copy link]
Post time 19-3-2026 09:27 AM | Show all posts |Read mode


Ahmad Hata (empat kiri) merakam kenangan bersama Abang Johari (tengah) dan yang lain hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima watikah pelatikan semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pelantikan bagi tempoh 15 Mac 2026 hingga 14 Mac 2029 itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri selaku Canselor UNIMAS menandakan pelantikan kali keempat beliau sejak tahun 2017.

Watikah pelantikan semula tersebut disampaikan dalam satu kunjungan hormat delegasi UNIMAS yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

UNIMAS turut mengumumkan pengambilan seramai 30 pelajar sebagai kohort pertama bagi Fakulti Undang-Undang yang baru ditubuhkan bermula September tahun ini dengan keutamaan diberikan kepada anak Sarawak.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, penubuhan fakulti tersebut bertujuan memperkukuhkan bidang perundangan di negeri ini.

“Khususnya melibatkan Customary Law, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta aspek pembangunan ekonomi Sarawak termasuk isu sempadan negeri dan antarabangsa.

“Ada tiga teras utama akan dibangunkan iaitu penyelidikan berkaitan Customary Law, penubuhan pusat kajian adat dan sejarah serta penerokaan bidang perundangan teknologi antarabangsa termasuk sistem penangkapan karbon.

“Fakulti ini juga akan merangka program-program yang relevan dengan keperluan semasa dan selari dengan agenda pembangunan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak semalam.

Pada majlis yang sama, pihak pengurusan universiti turut membentangkan perkembangan terkini serta pencapaian UNIMAS dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan institusi.

Kunjungan turut disertai Dekan Fakulti Undang-Undang Johan Shamsudin Sabaruddin, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Sulong Matjeraie serta Timbalan Naib Canselor (Akademik) Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.039832 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list