CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13990|Reply: 175

Rakan artis, peminat mula buat spekulasi majlis bahagia Bella Astillah, Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 17-3-2026 10:22 AM | Show all posts |Read mode





HUBUNGAN mesra penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi bualan netizen apabila pasangan itu dikatakan bakal melangsungkan hari bahagia dalam masa terdekat.

Dakwaan itu timbul susulan beberapa persiapan yang dilihat sedang dilakukan oleh pasangan itu menjelang majlis tersebut.

Lebih menarik perhatian, beberapa rakan artis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikatakan memberi bayangan tentang perkara itu.








Menerusi tangkap layar yang tular di Threads, peminat mula mengaitkan beberapa petunjuk bahawa Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq mungkin akan disatukan tidak lama lagi.

Dalam perkongsian yang tular itu, seorang peminat berjaya mengumpulkan beberapa petunjuk yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bahagia pasangan tersebut.

Antara rakan artis yang didakwa memberikan petunjuk itu termasuk Ben Ali, Nur Fazura serta abang Syed Saddiq dikenali Space Dolla.








"Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya," tulis Ben Ali.

Sementara itu, Fazura dalam satu siaran langsung berkata dia sudah menyediakan baju berwarna kuning untuk dipakai semasa majlis rakannya dalam masa terdekat.

"Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang sangat bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagiaan rakan saya," ujarnya.

Di ruangan komen, peminat turut mendedahkan abang Syed Saddiq kini sedang mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan berita baik itu menjadi kenyataan.

Untuk info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga Bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2026 11:07 AM | Show all posts
Tahniah laaaa
elok la kawin
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 11:16 AM | Show all posts
Edited by hihanghoheng at 17-3-2026 12:04 PM

Finally cita2 Bella kawin Sadiq tercapai jugak..

Tahniah la ye
*Bella pilaks nampak kepam & selekeh dkt gambar first bertudung tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen je lah
Rasa mcm bertahun ke hulu hilir... jijiks ye
Lepas ni mohon melingkop

Lagi satu akak terjijiks jugak pentaksub lendir Q-faz.... uweksss over ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiseh.. jadi ke kawen? Betul2 low class la yb ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 11:48 AM | Show all posts
tahniah..akhirnya ada penhujung episod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2026 11:58 AM | Show all posts
Menjadi jugak dorang berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
hasil dari tekan menekan delulu dah harapan nyetizen bassi nak taknak kena kawin lah
Ss pn tk jd Yb dah ..boleh la pokus berendut dgn bini pilaks dia nanti ..kena kerja lebih nampak minah gedik ni..tok laki kedeks kot
selamat bermingle dan melayan tekak sekandang pilaks la diq ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2026 12:10 PM | Show all posts
lantak kau la sadiq..kau yg nak hadap dia.. pandai2 kau la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:12 PM | Show all posts
Tahniah.. berita ini membuatkan acik porem meluat dan menggelupur bak cacing kepanasan.. ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:17 PM | Show all posts
yessss

aku suka dedua ni kahwin

sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:18 PM | Show all posts
Moyangkucing replied at 17-3-2026 11:32 AM
Aiseh.. jadi ke kawen? Betul2 low class la yb ni..

maka dgn itu....tamat lah career YB. jadi retis lah sekarang. Mungkin keluarga nya rasa lebih berbaloi dan selamat jadi retis dari jadi ahli politics.



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Moyangkucing replied at 17-3-2026 11:32 AM
Aiseh.. jadi ke kawen? Betul2 low class la yb ni..

Low class utk org yg low class jgak ... X sesuai dgn wanita ber class.. kwen je lah bakalan x sandang ayat YB dh ... Penasihat Muda je presiden Muda baru perempuan ... So kalau bertanding pun dh x boleh jd YB .. org Muar dh bosan dgn Saddiq .. yg dok puji puja sume org borneo menyamar jd org johor
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 17-3-2026 12:18 PM
maka dgn itu....tamat lah career YB. jadi retis lah sekarang. Mungkin keluarga nya rasa lebih berb ...

Dia jd artis sbb org nk link dgn vvip .. bukan sbb dia berbakat pun .. tp lepas pru nnti dia dh x bertanding .. org lain yg bertanding utk muda.. so dia dh xde apa2 .. sesilap kemek buat ayat APA BOLEH BUAT TAK ADA JODOH
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:58 PM | Show all posts
kalau jodoh takkan kemana
kalau bukan jodoh dia akan pergi mana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 17-3-2026 11:58 AM
hasil dari tekan menekan delulu dah harapan nyetizen bassi nak taknak kena kawin lah
Ss pn tk jd Yb  ...

Boleh lah RAYA NEXT YEAR buat ayat sedih ..

Saya sayang suami saya taapi mertua saya tak sayang sy .. satu keturunan saddiq akan di maki pilaks Basstard
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2026 12:59 PM | Show all posts
YB Muar ni dah fikir habis2 ke
kalau betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 17-3-2026 12:57 PM
Dia jd artis sbb org nk link dgn vvip .. bukan sbb dia berbakat pun .. tp lepas pru nnti dia dh x  ...

Hati-hati dengan orang yang sedang “broken”. Jangan sangka kita akan disanjung dan disayangi seumur hidup hanya kerana pernah menyelamatkan mereka. Bila mereka sudah sembuh, mereka mungkin mahu memulakan hidup baru dan membuang segala yang mengingatkan mereka kepada masa lalu, termasuk kita.

Jangan jadi tempat persinggahan R&R. Biarlah dia yang membina rumahnya sendiri, dan dia yang menjemput dengan seikhlas hati. Barulah kehadiran kita dihargai, bukan sekadar diperlukan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella je level syed sadiq? Sedihh. Mcm ambil sekor lembu dari sekandang. Better ko amik dr fie tu. Gedik meroyan pun dia doktor gigi. Pengaruh kuat la juga mcm nuar berahim amik doktor mata buat bini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella takkan naikkan syed sadiq dlm karier. Ahli politik kena ada bini yg pengaruh kuat dari segi family atau kerjaya. Ni menyanyi pun bunyi cengkerik. Ko  buat silap je esok sadiq siapla bakalan jadi alip 2.0.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.101212 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list