CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1889|Reply: 11

[Tempatan] Kenapa saya nak lari - Zamri Vinoth

[Copy link]
Post time 15-3-2026 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-3-2026 05:02 PM





Kenapa saya nak lari - Zamri Vinoth



MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
14 Mac 2026 03:01pm
Masa membaca: 3 minit



KUALA LUMPUR – Aktivis media sosial, Zamri Vinoth menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melarikan diri susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan tindakan menghasut keganasan.

Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Zamri berkata, beliau juga sedia bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan perkara tersebut.

"Saya sendiri akan pergi jumpa IGP jika perlu, insya-ALLAH... saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari,” katanya.
Dalam hantaran sama, Zamri turut mempersoalkan mengapa dirinya menjadi sasaran tuduhan berhubung beberapa insiden serangan, pembakaran kenderaan dan kerosakan rumah yang dilaporkan berlaku baru-baru ini.

"Kenapa hanya saya pula nak kena tuduh? Apa kesalahan saya? Apa yang saya hasut?
"Tak ada pun orang kita yang pergi serang sesiapa. Tak ada pun pergi bakar kereta sesiapa dan tak ada pun pergi serang rumah sesiapa,” katanya.

Beliau pada masa sama mendakwa terdapat pihak lain yang didakwa menghasut sehingga berlakunya beberapa insiden keganasan, namun tidak berdepan sebarang pertuduhan.

Menurutnya, sekiranya beliau didakwa, tindakan sama juga perlu diambil terhadap individu lain yang didakwa terlibat.

Terdahulu, polis mengesahkan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan diri ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Beliau berkata, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Feb lalu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berhubung tindakan merosakkan soolam yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Kedah dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua individu berjaya dikesan dan dibawa pulang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2026 09:06 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2026 09:08 AM | Show all posts
Sebenarnya Benda yang sama ataupun hampir sama sedang berlaku di eropah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2026 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2026 09:20 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-3-2026 05:22 PM



Apakah undang-undang hanya ‘cengih’ untuk yang beragama Islam sahaja? – Mufti Perlis

Shawaliah Hadir14 March 2026

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin



KUALA LUMPUR – Mufti Perlis mempersoalkan sikap adil dan profesionalisme Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkaitan pendakwaan terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan terhadap kedua-dua individu tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan majoriti umat Islam terhadap hala tuju pengurusan negara khususnya berkaitan isu yang menyentuh perihal agama.

“Saya sendiri tertanya-tanya tentang sikap adil dan profesionalisme KPN dalam isu ini. Apatah lagi kita berada di negara Malaysia bukan di negara India. Apakah undang-undang kita hanya ‘cengih’ untuk yang beragama Islam sahaja?

“Tindakan KPN ini menambahkan lagi persoalan tersebut. Adalah menjadi harapan kita agar KPN mengambilkira soal keadilan terhadap umat Islam, profesionalisme, latar isu serta identiti negara,” katanya yang dikenali Maza menerusi kenyataan.

Tambahnya, negara memerlukan mereka yang jujur dan amanah khususnya dalam mengendalikan hal-hal keselamatan dan keadilan.
“Dalam Bulan Ramadan ini marilah kita berdoa agar negara kita berada di bawah kepimpinan dan pengurusan yang adil dan menjaga identiti negara ini khususnya berkaitan agama dan umat ini.

“Kita akan terus memantau dan menyatakan pendirian kita dari masa ke semasa Insya-Allah,” katanya lagi.
Sebagai rekod, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Februari lalu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berhubung tindakan merosakkan soolam yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Kedah dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Maza menyokong kenyataan Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang berkata keputusan untuk mendakwa aktivis, Tamim perlu dijelaskan dengan lebih terperinci kepada umum bagi mengelak timbul keraguan bahawa tindakan tersebut dibuat secara tergesa-gesa, selektif atau dipengaruhi oleh pertimbangan yang tidak selari dengan prinsip keadilan.

Jelas beliau, keputusan tersebut wajar dinilai semula secara teliti berdasarkan prinsip keadilan, ketelusan dan kepentingan awam.

Dalam masa yang sama, Zainul Rijal turut meragui kesahihan maklumat polis bahawa Tamim dan Zamri Vinoth berada di Thailand.- MalaysiaGazette


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes Zamri ni sbb dia kritik kuil haram, atau sbb dia kritik sembahan penganut Hindu?

Kalau takat kritik kuil haram xkan lah sampai nk kena tangkap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2026 10:07 AM | Show all posts
nape tanye bangkem,.. mane la bangkem tau nape awak nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata tak takut apa2
Da buat berani la hadap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2026 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya sendiri akan pergi jumpa IGP jika perlu, insya-ALLAH... saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari,


Dah kenapa perlu buat statement begini, sendiri akan jumpa IGP kalau perlu.  Sekarang org tengah cari, pi la jumpa IGP clear kan the air. kenapa kena tunggu bila perlu?

Nanti kalau betul bila kena bawak balik dr Thailand bergari, kau nak ckp apa? Pigi healing 2 mcm si tamim juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lari lari lari sajat berlari ke telen


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2026 04:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 10:12 PM | Show all posts
pemerintah lemau, smpai bagi tawaran ganti tanah free ke tmpt lain untuk kes2 sebelum ni

jadi set2 cmni la naik minyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050076 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list