CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 155|Reply: 0

[Sabah] Fairuz kekal ADUN Pintasan

[Copy link]
Post time 14-3-2026 05:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-3-2026 05:02 AM



SYUKUR: Fairuz ketika ditemui pemberita selepas keputusan mahkamah diperoleh.

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pilihan raya yang mencabar kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Farisz Gohim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang turut bertanding bagi kerusi DUN Pintasan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah (DUN) ke-17 pada November tahun lalu.

Dalam keputusan itu, hakim memutuskan responden, Fairuz Renddan dipilih secara sah sebagai wakil rakyat bagi DUN Pintasan.

Mahkamah turut mengarahkan Pandikar membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Fairuz.

Mahkamah menerima beberapa bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak Fairuz, antaranya berkaitan petisyen yang gagal menyatakan keputusan pilihan raya secara jelas.

Pada 22 Disember 2025, Pandikar memfailkan petisyen berkenaan bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa Fairuz tidak dipilih secara sah sebagai ADUN Pintasan.

Semasa PRU DUN Sabah ke-17 pada 29 November tahun lalu, Fairuz memenangi kerusi DUN Pintasan dalam pertandingan 11 penjuru dengan memperoleh 4,675 undi.
Kemenangan itu memberikan beliau majoriti sebanyak 1,070 undi.

Dalam pada itu, Fairuz ketika ditemui pemberita selepas keputusan mahkamah menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan sejak awal sehingga keputusan dibuat.

Beliau menghargai sokongan pasukan peguam serta semua pihak yang berdiri bersama sepanjang proses perundangan berlangsung.

Fairuz berkata, keputusan mahkamah memberi ruang untuk beliau terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Pintasan.

Menurutnya, beliau akan meneruskan usaha memajukan kawasan itu seperti yang dijanjikan sejak penggal pertama memegang mandat rakyat.

Katanya, komitmen utama kekal memperjuangkan suara rakyat Pintasan serta memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian.

“Saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Dari lubuk hati saya, saya berterima kasih kepada semua, termasuk pasukan peguam yang membantu serta semua pihak yang sentiasa bersama saya.

“Saya akan terus fokus kepada kerja sebagai wakil rakyat di Pintasan dan meneruskan usaha memajukan kawasan ini seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya sentiasa berdoa memohon kesejahteraan untuk Pintasan dan semua rakyat di sana kerana saya berdiri sebagai wakil rakyat hasil pilihan mereka,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045530 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list