CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 160|Reply: 0

[Sabah] Pemuda Gagasan Rakyat sokong pendirian kerajaan negeri pertahan hak 40 peratus Sabah

[Copy link]
Post time 14-3-2026 04:47 AM | Show all posts |Read mode


AZRUL

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas kerajaan negeri yang membantah permohonan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim berkata usaha mempertahankan hak Sabah bukan sekadar isu politik, sebaliknya melibatkan soal keadilan dan penghormatan terhadap semangat Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai generasi muda yang bakal mewarisi masa depan negeri, Pemuda Gagasan Rakyat melihat perkara ini sebagai isu penting yang menyentuh kepentingan jangka panjang rakyat Sabah.

“Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menunjukkan komitmen jelas dan konsisten dalam memastikan proses perundingan serta libat urus bersama Kerajaan Persekutuan berjalan secara profesional, telus dan berlandaskan prinsip undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri juga menegaskan kepentingan menghormati serta melaksanakan keputusan mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan.

“Pendekatan matang dan berprinsip ini wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik kerana perkara ini melibatkan kepentingan jangka panjang rakyat Sabah.

“Sebarang usaha yang boleh melambatkan pelaksanaan keputusan mahkamah tidak membantu mempercepatkan penyelesaian isu berkenaan.

“Sebaliknya, komitmen bersama semua pihak amat diperlukan bagi mencapai penyelesaian yang adil, munasabah serta menghormati hak Sabah sebagaimana termaktub dalam kerangka Perlembagaan,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pihak di Sabah agar bersatu dalam memperjuangkan isu berkenaan kerana hak Sabah adalah hak rakyat negeri ini secara keseluruhan.

“Perjuangan ini perlu dilihat sebagai usaha bersama bagi memastikan masa depan Sabah terus terpelihara.

“Pemuda Gagasan Rakyat akan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri dalam mempertahankan hak serta kepentingan Sabah,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045047 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list