CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 153|Reply: 0

[Sabah] UMNO Sabah terbuka untuk terima semula ahli yang digantung keahlian

[Copy link]
Post time 14-3-2026 04:44 AM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Jafry (lima kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf semasa di majlis itu.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak mempunyai sebarang bantahan untuk menerima semula dua pemimpin yang kini digantung keahlian parti, selagi mereka mempunyai hasrat untuk kembali dan mengemukakan permohonan secara rasmi.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, UMNO bersedia membuka pintu dan sebarang permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, konsep 'Rumah Bangsa' yang diperkenalkan oleh UMNO bertujuan memberi peluang kepada ahli yang digantung keahlian atau yang telah meninggalkan parti untuk kembali menyertai UMNO.

“Kami terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali ke UMNO serta terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Namun mereka perlu mempunyai hasrat untuk kembali dan mengemukakan permohonan terlebih dahulu sebelum parti memulakan proses penilaian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Sabah, di sini kelmarin.

Beliau memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada dua individu yang digantung keahlian parti untuk kembali menyertai UMNO.

Dua pemimpin UMNO yang digantung keahlian itu ialah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Kedua-duanya digantung keahlian selepas secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri ketika UMNO Sabah mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerjasama dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 2023.

Jafry berkata, sebarang permohonan kemasukan semula akan diteliti oleh sebuah jawatankuasa khas parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum keputusan muktamad dibuat.

Menurut beliau, dasar tersebut bukan semata-mata bertujuan menghadapi pilihan raya akan datang, sebaliknya bagi memberi ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyumbang kepada parti serta memperkukuh perpaduan dalam UMNO.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042406 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list