CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1971|Reply: 17

Suami Miera Liyana Didakwa Di Mahkamah atas tuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia

[Copy link]
Post time 13-3-2026 04:10 PM | Show all posts |Read mode




Ahli perniagaan yang juga suami kepada Miera Liyana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat itu, lima tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, bekas pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad iaitu Rosland Othman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tujuh anak itu didakwa di bawah perenggan 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen 369 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda sehingga RM3 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin dengan alasan kes tersebut termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun jika mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke ibu pejabat SC sekali setiap bulan sehingga kes selesai,” katanya.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili lelaki itu memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan serta dua warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya.

“Anak guam yang telah diisytihar sebagai muflis pada 2023 juga menghidap penyakit kencing manis, glaukoma dan masalah saraf,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan serta menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini.

Sumber: Sinar Harian, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis le kau.. Cepatnyaa dpt cash..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan: Habis le kau.. Cepatnyaa dpt c ...

Bininya x tuntut cerai ke. Suami dah jatuh miskin
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 14-3-2026 12:29 PM
Bininya x tuntut cerai ke. Suami dah jatuh miskin

Elok je gi makan2 kat hotel
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 14-3-2026 12:29 PM
Bininya x tuntut cerai ke. Suami dah jatuh miskin

Duit mesti dh transfer siap2 tu nokss
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak tny kpd acik porem..mvm kes org tua ni..nmpk nau bini update mkn mewah kt Park Hyatt bagai..ada evidence kan..diorg layan ke rayuan tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2026 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-3-2026 04:08 PM
Iols nak tny kpd acik porem..mvm kes org tua ni..nmpk nau bini update mkn mewah kt Park Hyatt bagai. ...

Kan dia dapat jugak kurangkan dari sejota kurang jadi 500k. Kalau ikut dia, dia nak bayau 5k aje
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 14-3-2026 08:38 PM
Kan dia dapat jugak kurangkan dari sejota kurang jadi 500k. Kalau ikut dia, dia nak bayau 5k aje : ...

Mana aci noks..bg iols dia takleh kurangkan hatta 1 sen ponnn..so unfairrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2026 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-3-2026 08:39 PM
Mana aci noks..bg iols dia takleh kurangkan hatta 1 sen ponnn..so unfairrr

Tu duit ikat jamin aje. Supaya dia tak lari. Dia dah muflis kan, nanti jap lagi kena dakwa baru la berjota or masuk penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ex wife dia si asiah tu kena aniaya kaw2 la kiranya
.
Allah xpernah tidur
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:49 AM | Show all posts
mak mentua sebaya menantu tu masih lagi memerah ye ikut buka puasa kat hotel walaupun menantu dah muflis...hahahaha mesti dah transfer siap2 duit & harta kat ML.. lepas ni memang kena buang tepi jalan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 03:59 PM | Show all posts
makin nampak kepam org tua dah husband miera ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 15-3-2026 12:39 PM
Mmg ex wife dia si asiah tu kena aniaya kaw2 la kiranya
.
Allah xpernah tidur

asiah ke adeebah??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2026 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal company dia tipu. Pasal nak berbini dua dia tipu. Tu pasal tipu dokumen. Macamanalah dia hidup menipu dokumen ni?

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2026 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hihanghoheng replied at 16-3-2026 03:59 PM
makin nampak kepam org tua dah husband miera ni

Miragigi tu pun makin gemuk.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2026 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tigerads replied at 16-3-2026 07:05 PM
asiah ke adeebah??

Ehhh silaaapppp
Hahahaha ampun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2026 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la marah nau2 masa kak Deeb mintak harta sepencarian ke haper kemain marah siap bawak mertua datang court. Anak dia sendiri pun dia marah kan. Patut ler. Dah semekin rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2026 10:17 PM | Show all posts
Sampai sudah aku tak paham ape yg miera ni nampak kat jantan ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.128752 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list