CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1503|Reply: 18

‘Alangkah seronok jadi suri rumah, luang masa dengan anak’ - Wawa Zainal

[Copy link]
Post time 13-3-2026 01:18 PM | Show all posts |Read mode





Di sebalik kejayaan empayar perniagaan berkembang pesat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui terpaksa menanggung pengorbanan besar, terutama melibatkan masa bersama anak-anak.

Ujar Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, jadual kerja padat membuatkan dirinya sering pulang lewat malam sehingga jarang berpeluang meluangkan masa bersama keluarga.

“Antara sebab saya rasa berat untuk tambah anak lagi kerana dengan anak yang ada pun kadang-kadang saya rasa bersalah.

“Masa bersama mereka sangat terhad. Kadang-kadang saya balik rumah pukul 12 malam, mereka semua sudah tidur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang filem Abnormal: Buas itu, situasi tersebut menjadi dilema besar buat dirinya sebagai seorang usahawan, lebih-lebih lagi apabila anak-anak mula merindui kehadirannya di rumah.

“Anak pernah tanya, ‘Mama nak pergi mana?’ Saya jawab nak pergi siaran langsung sekejap. Dia tanya lagi, ‘Lagi? Bila mama ada masa?’

“Malam tadi (semalam) pun anak kecil saya terjaga pukul 3 pagi bila saya sampai rumah. Dia terus naik bilik sebab terlalu rindu. Sudah beberapa hari tak sempat jumpa,” luahnya.

Lebih menyedihkan kata ibu empat anak itu, ramai melihat kehidupan usahawan sebagai sesuatu menyeronokkan, namun hakikat sebenar tidak semudah disangka.

Malah, dia turut mengakui tenaga sering terasa ‘drain’ memandangkan jadual kerja padat selain perlu memastikan operasi syarikat berjalan lancar.

“Orang nampak kehidupan saya macam seronok, semua ada. Tetapi kadang-kadang saya pula terfikir alangkah seronoknya jadi suri rumah kerana boleh luangkan masa lama dengan anak.

“Setiap orang ada cabaran masing-masing. Cabaran saya ialah masa dan tenaga. Usia saya sudah 30 lebih, tetapi banyak perkara perlu diuruskan untuk bisnes.

“Kadang-kadang memang penat dan tenaga terasa habis tetapi saya tak boleh tunjuk penat sebab ramai staf bergantung harap kepada kami,” jelasnya.

Isteri kepada Aeril Zafrel itu berkata pasukan operasi syarikatnya kini bekerja secara syif selama 24 jam bagi memenuhi permintaan tinggi menjelang Aidilfitri.

“Staf kami bertungkus-lumus menyiapkan sehingga 10,000 pasang produk sehari. Semua orang penat, termasuk saya dan Aeril.

“Ada masa emosi mereka terganggu sebab terlalu letih. Jadi kami perlu jaga emosi pasukan supaya semuanya berjalan lancar,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Wawa turut menyambut ulang tahun kelahirannya dengan penuh kesyukuran menerusi majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim serta golongan asnaf, di sini, semalam.

Majlis tersebut dihadiri penceramah bebas Ustazah Asma Harun selain meraikan 20 anak yatim dari Pusat Peribadi Mulia dan tujuh anak dari Pusat Pendidikan Dar Al’Mustafa dengan penyampaian sumbangan duit raya.

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 03:15 PM | Show all posts
NAMPAK LAIN MUKA NYA
PART BIBIR
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berkiblatkan duit memang gitu lah jadinya anak2 atau ketenangan diri sendiri pun terabai
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jutawan hartawan dermawan sangat kan boleh dah goyang kaki. Tapi ada manusia tamak dah kaya nak lebih lagi so you win some you lose some la kan. Pilih duit, ada la kurang tang lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 14-3-2026 06:27 AM

nak  beribadah ka bersama anak ka atau sibuk kerjaya wang harta ka itu pilihan, mungkin umur 30 an sibuk kerjaya umur 40an sibuk dgn anak umur 50 sibuk beribadah, masa begitu singkat utk penuhi semua perkara
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia Masih shareholder kan. Walaupun Suri rumah tapi gaji elaun jalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2026 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah itu pilihan kan?
Boleh je fokus pada anak2 dan bg laki je fokus kat biz TAPI di ulang sekali lagi..dah itu jalan kamu pilih, maka senyum saja la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la tu.. sdgkan baru berapa hari bersalin pon da gi keje katanya.. pdhal waktu pantang tu boleh je ko spend time dgn anak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 13-3-2026 03:15 PM
NAMPAK LAIN MUKA NYA
PART BIBIR

terkejut harituu tengok laki bini ni buat live kat tiktok. renovate kaw kaw. ariel pulak mcm wukong dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pilih duit, dapat la duit.
Kalau pilih masa dgn anak, dpt la masa tu.

Kalau dah tetiba nk masa dgn anak, blh je asalkan sanggup lepaskan peluang buat duit tu. Say less by rm200k je untung kalau u spend more time dgn anak. Tapi xnak kan..

U can't have it all la.mesti ada kos (masa dgn anak) melepas

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia mmg tamak nak semua. Kalau pilih duit of coz masa takde bersama keluarga. Cuma jangan menyesallah dengan pilihan yang dibuat. Sebab tu jangan pandang rendah dengan orang yang tak berapa nak ada sebab mungkin masa dengan keluarga dia mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap anak2 punya gigi dah bergosok la ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah company dia make juta2 tp still kena kerja 24 jam means management dia suami isteri sbg boss tak betul lah. Kena tengok balik kenapa sibuk sgt or ni sbb tak percaya staff utk handle.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 08:38 AM | Show all posts
‘Alangkah seronok jadi suri rumah, luang masa dengan anak’  JIKA :-

1. Ada maid 2@3 orang untuk kerja rumah
2. Pengasuh Untuk Baby
3. Elaun bulanan 10k dan ke atas
4. Kangkang bila isteri hendak sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mekfazura replied at 15-3-2026 08:38 AM
‘Alangkah seronok jadi suri rumah, luang masa dengan anak’  JIKA :-

1. Ada maid 2@3 orang untuk k ...

Sure ke best.. esok bagi alasan lain lak
Boring katanya dok umah.. pastu cikcur merata alam.. tetaplah anak ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 14-3-2026 01:10 PM
ye la tu.. sdgkan baru berapa hari bersalin pon da gi keje katanya.. pdhal waktu pantang tu boleh je ...

Kannn.drama jeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2026 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
benci la orang kaya yang acah nak berempati dengan orang biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:53 AM | Show all posts
Terpaksa kerja keras sebab laki sejenis tempek muka sebelah bini je kan... dah income sales berjota-jota pun kena kerja sampai lewat malam tu memang something wrong somewhere lah... patutnya dah level semua benda dah ada orang manage... sama ada kau propa sales jota-jota atau ko tak reti manage... itu sajooo... manakala laki asal buat live je feeling2 cakap sabah pekat..hujung2 bunyi jawa indon...

btw, gigi anak dah gosok ke? hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2026 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nadiabella at 17-3-2026 06:31 AM

Kalau mampu boleh lah...kita yg kerja ni bukan ada pilihan nak tolong kukuhkan ekonomi keluarga.....anyhow jgn bangga lah kalau dah jadi full time housewife..teringat dulu PSL cakap dia tak akan kerja sbb nak fokus kat rumahtangga tup2 laki kena sondol, dia kena kerja jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083094 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list